Thursday, February 12, 2009

Tamu Tandik

Tamu Tandik di zaman 70an dan awal 80an bagi sia antara tamu yang paling unik dan autentik sepanjang idup saya. Tamu tu memanjang dari sebalah topikung cina (masih ada ka topikung tu ah?) sampai ke sebelah alun-alun yang berhadapan padang lama. (Dulu ada padang lama di sana) Di sebelah sana tu ada satu gerai sup. Satu2nya gerai sup yang ada di Tandik.Sia lupa nama pemiliknya tapi kalau nda silap ipar si Sarimah (butul ka ni ah) Ada yg cakap pemiliknya orang bugis. Macam butul juga, orang Indon pun mimang terer buat soto. Kami sukaaaa makan di sana. Sia masih ingat lagi kalau duit nda cukup makan sup (RM1.00 semangkuk) kami minta megi baru 40/50 sen semangkuk. Selepas lebih 30 tahun ni, aku minta la pendapat kekawan yg baca ni "butulkah sup gerai tu sedap sebab kono nya dikasi taruh seluar dalam atau dulu2 bilang larut??!!!!"Mama aku cakap "kanapa kamu pigi sana makan, ada larut hitu ditaruh dalam periuk dia..." Aiseh men...mama aku bising2 sambil cakap malayu dalam (malayu sampur bahasa dusun) Idih...mama saya tu kalau hati dia gumbira..dia cakap la malayu sama kami tapi kalau suda marah cakap dusun la dia . Kuat sama laju dia becakap macam mercun. Kadang2 aku teka2 dia cakap bagitu pasal teda duit mau dikasi sama sia.


Dulu2 balajar juga aku becakap Bajau. Paling2 yg aku ingat, "nginai kau? Alap?" atau "mangan kita!" Lagu bajau pula lirik yg aku masih ingat "Ikau no raja kobog, matai aku binibog..." Hahaha...kalau lagu dusun "Ya pa ku majalin, nunu pu sino dikau, tulu tikuw sid dogon..." Ada satu lagu kira evergreen juga macam lagu Teresa Teng.."som som miido...siti oku tombunan.."


Analisis sia (kono2 punya analisis) lagu2 dusun terutamanya yang dulu2 banyak mesej yang agak negatif. Macam lagu kimaragang di atas tu, menunjukkan si penama kerugian selalu. Macam org menang sorak kg tegadai..(yg full version) kalau lagu Proton saga pun bagitu. Harapan saya oleh sebab masyarakat hari ini sangat cintakan hiburan...perbanyakkan lagu2 dalam bahasa etnik yang positif maksudnya. Ini banyak lagu2 sinta (walaupun aku sukaaaa jugak...hehehe) Tapi cinta saja nda cukup bah.Cinta saja tidak dapat beli susu, beras, garam dll.The big 3 di Malaysia (Malaya, Kina dan India) mereka sudah 'berjuang' untuk perkara2 yg besar2...Kita mau ramai lagi macam blogger KM yang sudah berjaya...salute sahabat.

Anyway...kalau boring pun sia layan juga lagu Goyang Inul tu. Hahaha..

5 comments:

  1. Atuuk...bes pula ni ceta ko ni. Masa aku budak2 lagi, asal tepigi di pekan Tandek dulu2 tu sama mama, inda mis makan sup c Arwah Sorinah tu. Sedap betul sup dia.
    Ai..yuuu, goyang Inul aah. Macam koyak muka saya o tengok c Inul tu menari. Apa lagi kalau dia pakai yang pi'it2, nah..make'ek bo

    ReplyDelete
  2. hu hu hu mimang pamos bah sup Arwah si Kimin tu. Kami pun ada juga dingar tu sedap konon ditaruh 'larut' - tapi bilang Arwah mama bukan 'larut' bah itu, itu ramuan-ramuan rempah ratus diikat sama kain putih, baru dirabus sama-sama sup supaya inda bebau dan sedaaaaap. he he he.

    ReplyDelete
  3. hehehe... akhirnya nama2 org dulu disebut2 juga sebagai tanda mengenang org dulu. aik... itu lagu2 ko sebut semua saya tau tu. tapi ada satu lagu di tandik saturang sija saya yang nyanyi. adik sa selalu marah sa nyanyi tu lagu kira2 begini lah lirik dia... "waaanita... bebas bak burung terbaaang... kooooteeeexxxx new freeedoooom" dia bilang bah. jadi kalu pigi skul kuat kuuuuaaaat sa kasi nyanyi tu hehehehe.

    ReplyDelete
  4. Hihihihi aiso...nda sangka itu lagu pavorit kau. Yang aku ingat "sugus..sugus...sedap rasanya" om mitutundak nopo mcm dalam tu iklan.

    ReplyDelete
  5. Yuuukkk....best jga lagu pebret kau tu aiso....kami punya lagu time kici2 dulu begini...."rap rap ping..bekayu laju2,bekurap bekuriping,di jual nda laku...." versi rap terawal ni...hahaha

    ReplyDelete