Saturday, March 21, 2009

Fungsi Majlis Daerah - Kota Marudu?

Saya terbaca entri si Tulun Kimaragang..walaupun ditulis dlm bahasa momogun kita, sa yakin sa faham sepenuhnya apa yg disampaikan olehnya. Bikin gerigitan pula kan persoalan sepa yg patut mangalanji Pekan Tandik dan Kota Marudu secara umumnya. Setakat yg sa baca kita semua pinpoint terus sama YB la sbb dia ada kuasa untuk bagi arahan. YB kalau rajin menegur misti orang mau hormat cakap dia. Tapi tidakkah kita terfikir siapa sepatutnya yang melaksanakan arahan itu? Inda kan YB sendiri pigi putung rumput? (Tapi kalau YB mau, bagus juga tuh!!!) Soalan2 yg bertubi2 ditulis oleh Tulun Kimaragang sebenarnya bagus untuk brainstorming. Apa kata kita baca FUNGSI MAJLIS DAERAH yang saya perolehi untuk dibaca:

Fungsi Majlis Daerah (Pejabat Daerah la)

Melesenkan dan mengawal pelbagai jenis perniagaan dan penjaja.
Mengadakan perkhidmatan kebersihan bandar dan menyediakan perkhidmatan pembuangan sampah-sarap, pembersihan longkang, parit dan jalanraya.

S - SAMPAH
3L - LONGKANG, LAMPU dan LANSKAP
R - RUMPUT
J - JALANRAYA

Memberi perkhidmatan kesihatan, kawalan makanan, kebersihan pusat jualan makanan dan pengawalan penyakit berjangkit.

Membina dan menyelenggara jalanraya, sistem perparitan dan saliran.

Menyediakan kemudahan-kemudahan awam seperti Pasar Awam, Gerai, Medan Tamu, Dewan Masyarakat, Padang Bola, Perhentian Bas dan Perhentian Teksi.

Menyedia dan mempertingkatkan kemudahan-kemudahan asas dan menggalakkan kegiatan ekonomi yang berdaya maju.

Mengindahkan bandar dengan menanam serta memelihara pokok-pokok bunga dengan lanskap yang menarik.

Menyediakan kemudahan infrastruktur, taman permainan kanak-kanak dan taman rekreasi.

Memungut cukai-cukai pintu rumah di kawasan perkadaran.

Mengurus sistem trafik dan penamaan Taman-Taman dan Jalan-Jalanraya.

Menguatkuasakan undang-undang Kuasa Tempatan.

Menyediakan kaunter kutipan Hasil.


Lebih kurang begitu la fungsi. Tapi saya minta maaf dulu kio...itu hari sa (dua tahun lalu) pigi Pejabat Daerah, staf dia (bukan semua la) sanaaaa di kantin, rehat punya lama...siap main gitar lagi tu. Yg sa nampak ramai juga org kg di sana menunggu. Tapi beberapa urang tu lepak2 pula di kantin. Memang slow and steady. Kerana lama menunggu, kami secara polite pigi kantin, minta tulung diaorg balik ke opis. Ogumu keke'e.

Friday, March 13, 2009

Soulmate atau Sekadar Housemate?

Seperti ramai orang di dunia ini, biasa la kalau kita jatuh suka pada seseorang,mungkin beberapa kali sepanjang hidup. Saya juga tidak terkecuali. Barangkali itulah yang dinamakan ‘crushes’. Bermula dari zaman anak2 sehingga tua (tua?!! hehe).

Dulu zaman remaja, kononnya saya ni masuk kategori ‘jual mahal’ selalu. Pride talampau tinggi. Tambahan didikan orang tua barangkali…(tapi rasanya orang momogun ni –sampel ibu bapa sendiri- tidak pandai meluahkan perasaan dgn cara yg betul) Kasih sayang ditunjukkan melalui rasa marah. Contohnya anak (kesayangan la tu) kalau jatuh, misti kena marah..”itu la kau, mana mata kau..buta ka?”. (padahal dlm hati..abislah anak aku ni suda la nda brapa lawa, jatuh lagi) Saya percaya kawan2 juga misti ada pengalaman begitu.

Dulu saya kononnya macam ramai juga secret/open admirers. Pakai tulis surat segala. Ada juga yg saya butul2 suka, tapi saya rasa saya akan tewas teruk kalau saya tunjukkan perasaan suka saya tu (self-centered betul). Saya sanggup bertahan mendiamkan diri, nama suruh saya contact dulu, mimang jauh panggang dari api. (Teruknya) barangkali sebab itu la, banyak kali `bunga-bunga suka(?)’ saya tu berguguran. Kawan2 ckp saya mcm dingin, teda perasaan dan belas kasihan. Tapi saya jarang peduli. Tapi saya akui saya konservatif sedikit. Dlm fikiran saya masa itu, bila serius bercinta misti terus kahwin. Kalau suka bagi saya, misti tunjuk sungguh-sungguh. Action bukan words sahaja. Berhemah, ya..itu moral issue bagi saya. Terlalu mudah bagi saya, adalah satu barang yang tidak bagus. Sebab itu saya fikir saya tidak pernah ’jatuh cinta’ seriously seblm ini.

Tapi setelah berjumpa pasangan hidup, mungkin inilah soulmate saya? Kerana pada saya apabila kita jumpa orang yang tepat..the moment you laid your eyes on him/her, you’ll feel that you can recognize him/her amongst the thousand people around you. Tidak akan silap. Mata adalah jendela hati. Dalam hati la firasat juga ada. Otak memandu kita.

Cinta sejati pada saya.-.kita sentiasa sempat berfikir sebelum melakukan sesuatu tindakan atau bercakap. Apabila bergaduh atau berselisih faham sampai bikin panas pun, kita masih sempat mengenang kebaikannya. Apabila dilanda masalah, kita masih saling menyokong. Kalau pasangan sedang ‘lemah’ dan rapuh, walaupun dlm hati kita sendiri sangat takut dan bimbang, tapi kita akan sembunyikan perasaan itu and put the brave face outside. Senyum kepada pasangan walaupun hati sendiri sedang luluh.

Apabila usia meningkat, muka sudah mula berkedut, we still treasure that wrinkled face, memikirkan setiap garis yang muncul di wajah pasangan kita sebagai satu lagi bukti lorong2 kehidupan yang kita lalui bersama dalam susah dan senang. Ada masanya, apabila kesabaran dan kekaguman kita terhadapnya teruji, kita misti rasional tapi saya seandainya saya diberi pilihan pada siapa saya jatuh cinta lagi, pada saya…sehingga kini saya masih memilih orang yang sama walaupun selepas berbelas tahun bersama segala kelemahan dan kekurangannya saya sudah ketahui. Mata saya tidak dapat mengenali orang lain selain dia walaupun sudah beribu orang yang saya lihat setakat ini.
Pendekata, housemate saya adalah soulmate saya.

Wednesday, March 11, 2009

Mesti ada tu...takkan tiada...YB!

Berkongsi rasa dan resah...itulah tanggapan saya setiap kali berpeluang membaca blog kawan2 di alam maya ni. Paling mengusik hati kecil saya ialah tentang persoalan akauntabiliti dan kredibiliti YB Dr Maximus.
Secara peribadi saya berpendapat, apabila PBS sudah berada dlm BN, grab this opportunity to perform SEPENUHNYA. To the fullest level of performance. Tidak payah fikir yang lain. Ibarat sang kekasih yang akhirnya berkahwin dengan pilihan hati, TOLONG jangan asyik merindu yang lain. What is in your hand right now? Prioriti geng.
Suka tidak suka, YB sudah menang melalui pilihanraya. Apabila saya fikirkan semula, dalam apa pun keadaan, saya memilih untuk fokus kepada my one and only point :selepas ini, apa yang patut dilakukan oleh seorang yang terpilih itu..the chosen one? Sudahkah beliau merancang? Ahh..mustahil belum. Tuan sudah menang. Sudah menang, maknanya sebelum ini sudah cemerlang merancang. Lepas menang, membangun. Mana mungkin tidak merancang untuk membangun. Jangan underestimate YB kita. Kita sendiri pilih tau.....(senyum sendiri...saya orangnya selalunya tersenyum saja di luar). Blue ocean please! (Tuan Tony Fernandes, CEO Air Asia terkenal menggunakan strategi Blue Ocean)
Bukan mahu mengajar sesiapa, tapi ini doa saya - mudah2an YB Max ada perancangan strategik yang ampuh untuk pembangunan Kota Marudu. Supaya tidak 'terlepas pandang' -pasti ada taktikal plan dan operational plan. Mustahil YB Max tidak mengerahkan pasukannya untuk buat SWOT Analysis, cari 'hot spot' KM, kaji current issues dalam setiap aspek dan set target. Takkanlah tiada pembentangan kepada ketua2 kampung. Barangkali ada bah kan? Boleh tanya diaoranglahkan. Matlamat yang hendak dicapai, mesti dikongsi dan dipropagandakan setiap hari. Doktrinisasi supaya tidak lupa, bila lupa..problem. Takkan tiada salinan blueprint bagi sama mana2 wakil pemimpin di KM? Mesti ada tu..By the way, apa Visi Kota Marudu dalam masa lima tahun, 10 tahun? Saya ni memang ketinggalan...minta bantuan bg tahu, sebab dari Visi dan Misi..kita akan tahulah hala tuju YB bawa kita kemana. Kalau di Korea Utara, setiap rumah rakyatnya dipasang radio dan tv yang menyiarkan propaganda kerajaan - setiap hari mesti pasang dan dengar.Ingat, tidak BOLEH lupa. Lupa jadi dosa besar. Wah..itu sudah lebih.
Matlamat sudah tentulah MESTI realistik, bila realistik, pasti ada langkah-langkah dan kaedah yang REALISTIK untuk mencapai dan merealisasikannya. Maaf tuan, saya tahu semua ini dalam tangan tuan. Finger tips beb!
Tapi orang kerdil seperti Furen ni, ingin tahu tuan. Apa kata, YB Max (orang kanan dia mana?) buatlah satu blog mcm kawan2 Kota Marudu ni (tapi saya punya ni terlampau simple) reasoning your action sir! Don't let your people questioning you (like I did now) and worst to come worst, accusing you neglecting your own people...(jahatnya ...hahaha) jika perancangan tuan tidak dapat dibukukan dan diedarkan kepada orang2 kampung, just let us know your planning melalui dunia tanpa sempadan ini. Don't mean to brag, but sir, let the world knows what your did to Our Sacred Kota Marudu....ishhh...sudahlah. Macam serius sudah ni Mike..saya tidak ingin hati dan kepala orang explode bila masuk dan baca blog ni.
Just kongsi something from MIKE TODD.
"I've never been poor, only broke. Being poor is a frame of mind. Being broke is only a temporary situation."
Atau Malayunya: "Saya tidak pernah miskin cuma tidak mempunyai wang. Untuk menjadi miskin adalah satu bentuk pemikiran. Untuk tidak mempunyai wang, ia cuma satu keadaan yang sementara sifatnya" Adios...Furen kena sambung kerja yg memeras otak lagi lepas ini.

Thursday, March 5, 2009

'Marah' cara urang kita...

Tadi kami sibuk memasukkan data...sudah 2 hari mengadap komputer sampai2 mata pun mau keluar rasanya. Seperti biasa cif kami yang kool orangnya (biasa kami panggil superman) merungut2 sebab banyak kali ubah sana sini. Masing2 pula kami khusyuk meneliti satu persatu row dan column..cerewet excel ni...satu sel lari pun banyak la bizanya...tiba2 si superman tu bercakap dgn nada kuat..." BADUKANG punya urang...apa pasal dia kasi bagini ini? Pandai-pandai saja dia kasi ubah bagini...aiyaaa!!!!!" Pecah berderai ketawa kami semua...Ada yg menyahut "palui bah itu..."hahaha...begini la kami selalu. Bekuntau, begaduh kadang2 tapi akhirnya sama2 juga karja. Macam2 expressions keluar..apa si nong bilang sasambatan...mau tahan hati saja...mcm kami kadang2 urang dengar mcm kasar saja tapi yang suda lama kanal, teda la ambil ati lama2. Cakap pasal badukang..urang bilang ikan tu makan tahi kono...nda tau la butul ka tidak..tapi ada satu sakali saya p kursus di Papar, resort tu kasi hidang ikan ala2 bagitu..kenalan dari Tawau (pakar ikan barangkali) melarang sia mengambil ikan tu. Bilangnya .."eh...jangan kau ambil ikan tu, makan taik tu..." saya pun sengih2 macam urang buduh...(dalam hati...ishhh...kurang asam ni) tapi saya mimang teda jadi ambil. Saya duduk di meja sama kawan2 makan, tingu keliling...ramai pula tengah kesiokan makan tu ikan...pendekata...saya nda tau la butul ka teda..kalau mau tau juga...cuba2 la subuk badukang tu apa dia buat di air....hmmmm. Badukang punya badukang!!!!

Wednesday, March 4, 2009

Say Hello

Agak lama nda mengantar entri...sibuq buli tahan masa ni. Banyak karaja mo disiapkan. Tapi bila buka blog ari ni, sempat membaca blog rakan2..To Muralang Junior, you're really giving me the creepy feeling meningu gambar Tandik. Sadly, kitaurang tpaksa admit, itu la gambaran pandangan pemimpin kepada kita..sori, saya kena luahkan perasaan sikit. Biar saya bagi satu analogi:

Sekiranya anda berpeluang bersama seseorang yg terhormat, kaya, ternama dan terkenal, datang pula ke rumah, mau kah kita bagi dia makan megi saja?! I don't think so..misti kita kalang kabut, malu2...(malu bagi barang yg low class kono'), sbg seorang yg berhemah tinggi, kita misti mau cuba bagi sesuatu yg terbaik...rumah pun kasi kemas...macam2 la. Itu la yang sepatutnya kan? Tapi kalau yg datang tu teda2 punya urang...aduih....nda payah cerita. Nanti menyakitkan hati urang.

Cuba tingu saja lah fasilitas yg kita ada???....Ok ba kalau kau.....mungkin itu la kita. Obunsian, teda cerewet, teda memilih...apa2 saja...ok ba kalau kau...jan bah kau tembirang....sekali sekala, rakan2 ku..mari kita bersikap cerewet, mari kita memilih...pilih yang paling bagus punya kualiti...kita berkira la...kanapa inda?! We deserve it!....itu la saja hari ini......hmmmm