Saturday, May 30, 2009

Kes Jenayah Hati Yang Berat....

"But Not on Purpose…

Singapore is known for its cultural centers, Esplanade, and beautiful skyline. But it’s certainly not known for its oral circumcisions… that is – until now.

A 30 year old secretary – having an affair with her boss – nothing too out of the ordinary in the world today… has bitten off most of her lover’s p...s in a freak accident.

bloddy mouth Singapore Woman Bites Off Boss P...s... picture

What was out of the ordinary is that she and her boss had chosen one of Singapore’s scenic parks to indulge in a fantasy outside of the bedroom. They picked the perfect spot… parked the car and she began giving her boss the famed “Kiss of Life.”

Everything seemed to be going to plan… until a van backed up and struck the vehicle – and that’s when things went downhill.

The impact from the van caused the woman to involuntarily bite down – severing her dear boss’s p...s.

If that weren’t bad enough, her husband – who had suspected her of cheating – hired a private investigator to follow her around. And yes – the P.I. was there… behind the not-so-happy couple when the incident took place.

Not one to focus solely on assignment, the quick P.I. called an ambulance for the woman’s lover on his cell phone after hearing her cries of horror at what had happened.

The loving secretary then went to the hospital to comfort her emasculated boss.

No word as to whether her husband was there or not."......

Aiyaaa....*speechless saya dibuatnya*....ini hanya sekadar renungan santai sambil minum2 kupi...

Tuesday, May 26, 2009

Pokok apakah ini?



Pokok ni khabarnya boleh jadi ubat tapi lupa pula saya apa namanya. Banyak pula tumbuh di halaman rumah, tapi saya tebang saja sebab tidak pasti macamana mau guna.

Tuesday, May 12, 2009

Betulkah "Silence Is Golden"?

Jika diberi pilihan ketika anda sedang membaca blog, adakah tuan puan semua suka suasana yg sunyi sepi atau hiruk pikuk? Saya punya jawapan, saya teda mau bising2 kalau saya sedang membaca..kalau terpaksa, saya pakai saya punya earphone (ini barulah mikirayou..padahal baru juga berjinak2 sama gadget2 nih)

Tapi ada ketikanya saya mahu suasana yang 'hidup' - ada suara yg bercakap2. Iaitu semasa saya makan di kedai bersama suami. Entah kenapa, saya macam malu kalau saya makan atau minum di kedai kupi, diam2 membisu padahal ada si suami di depan mata.
Bah..kenapa la konon saya ni malu? Kawan2 macamana? Kenapa tidak bah...tau betul la kita ini sudah seasoned..urang pun bilang sanang butul mau kanal pasangan itu suami isteri ka teda. Kalau duduk diam2...satu tingu ke barat, satu tingu ke timur..atau si suami baca surat khabar...basar2 menutup muka dia...si isteri pula makan om mikinam seakan2 terkulat-kulat...silap2 hb ikut membaca front page tu akhbar yang merentang antara dia dan si suami.

Dulu kami pun begitu, satu hari saya 'mengamuk'...saya minta suami saya baca saja suratkhabar di rumah. Teda apa, saya bagi 24 jam baca akhbar kalau di rumah. Saya cakap saya malu. Mana tidak, tercabarnya saya apabila satu hari di restoran, di sebelah kami ada satu pasangan-nda taulah suami isteri ka bukan...bukan main rancak bersembang..walhal KEDUA-DUANYA BISU!!!! Kanapa saya tau bisu...sebab kedua2nya bercerita menggunakan isyarat tangan dan ada juga suara keluar walaupun bunyi "aaa...aaa..aaa.." sahaja.

Saya bilang sama lokung saya..tengoklah diaorang..kita yg sempurna sifat ni..yang ada mulut dan ada suara, boleh berbicara...LEBIH BISU DARIPADA ORANG BISU. Masa tu saya sensitif lebih lagi kerana saya ada montelllll sedikit...ada la inferiority tu sikit. Oh mentang2 begini (dalam hati saya laa) kau mcm malas mo tingu. Org montel ni mau manja2 pun bukannya kiut...macam mau kana tandang ada la. (Dalam hati...inda apa..ko tingu la nanti...) hehehe...marah punya pasal. Tapi..syukurla..cik abg tu faham juga. Nah begitu la..bukan la sampai mcm org bercinta tu..tingu saja org yg sedang hangat bercinta, matahari panas terik pun, jalan bergandingan berpegang tangan. Esehhh...tapi ini teda boleh seloroh la, kasian..bagi la chance...hahaha..jadi pada suami isteri tu, berbual-buallah sesama sendiri di meja makan. Ada masanya masalah yang besar dapat diselesaikan ketika makan walaupun ada pakar motivasi tidak suruh berbincang hal2 serius masa makan. Tapi kalau cuma boleh duduk bersama makan saja sbb telampau sibuk ih bo'os...nah..ambil saja peluang itu. Oke.

Tuesday, May 5, 2009

"Small Is Beautiful"

Uinaa...macam lama sudah teda menulis di sini. Ini macam air laut juga la. Ada pasang ada surutnya. Pandai ketandusan idea juga saya ni. Tapi tadi terbelek satu buku ada frasa "Small Is Beautiful". Bunyinya memang menarik tapi tafsirannya berbeza-beza. Ada mengaitkannya dengan falsafah kehidupan, ada yang berkaitan dengan teori2 ekonomi dan macam2 lagi. Tapi saya pula mengaitkan frasa "Small is beautiful" ini dengan 'kegilaan' terutamanya kaum wanita yang mahu KURUS. Saya pun teda terlepas dari 'kemulauan' jumadi do tulun tagagas. Yang lebih tepat ingin menjadi seorang wanita yang 'slim' tubuh badannya.

Mengapa saya mahu 'slim'? Ini semua kerana majoriti daripada kita mahu kelihatan cantik. Entah la kenapa apa sahaja yang nampak kecil dan nipis nampak cantik? (????) Contohnya bukan wanita atau lelaki sahaja yang mahu jadi slim, tapi laptop, tv, telefon bimbit, thumb drive (sekadar menyebut benda2 yang sangat penting) sumua mahu slim, flat screen- hah, itu merujuk kpd sifat yang nipis juga kan? Ini sudah diskriminasi...hehehe..apalagi berlumba-lumba la syarikat kosmetik mengeluarkan produk2 pelangsingan badan. Mau cantik dan hensem punya pasal, beli saja termasuk la saya. Satu kali saya beli Elken. Punyalah mahal tp hantam sajala. 1 peket lebih kurang RM25.00! Lebih mahal kosnya daripada makan di kadai. Bukan satu tapi dua peket sehari. Teda cukup itu, cari lagi pil, jusla...migagaul nopo. Nda tau mana pula yg efektif.

Apa pun, balik ke hujung pangkal juga..teda jalan pintas mau jadi kurus. Yang paling selamat kasi kurang saja tu godohot makan sama rajin2 exercise. Macam rancangan The Biggest Loser! Sekarang ini adalah ba kono kurus sedikiiiiit. Ih bapaku monoluruh, si baliau cakap..jangan la kamu talampau mau kurus (ka dialo). Kau tau ka itu rudai?!!Kurus talampau pun tida bagus bah. Sia tingu-tingu, urang yg talampau kurus ini lama2 muka dia mcm MUNYIT!!! Pasal muka dia suda jadi talampau kurus....(kebooommmm!!!) Aiyooo...macam itu punya malatop kumin si baliau. Apa nih..langsung teda moral sapot.

Tapi pikir2 balik..butul juga. Apa salah jadi gemuk sedikit? Siapa bilang asal jadi gumuk alias tebal tidak bagus? Paling bagus kalau pakit tebal (banyak duit), tilam tebal (badan tidak sakit), kita kena juga iktiraf orang2 yg berbadan comel ni la. Ini tidak, kalau orang gumuk saja makan, ada saja pandangan serong-macam dia itu kuat makan saja. Padahal si kawan tu separuh mati kelaparan juga. Apa pun..tidak bulih nafi kesihatan penting. Jadi macamana para pembaca budiman, mana yang lebih bagus badan yang slim ka yang tebal? Jawapan yang jujur ingin sekali saya dengar. TQ.