Saturday, May 30, 2009
Kes Jenayah Hati Yang Berat....
Singapore is known for its cultural centers, Esplanade, and beautiful skyline. But it’s certainly not known for its oral circumcisions… that is – until now.
A 30 year old secretary – having an affair with her boss – nothing too out of the ordinary in the world today… has bitten off most of her lover’s p...s in a freak accident.
bloddy mouth Singapore Woman Bites Off Boss P...s... picture
What was out of the ordinary is that she and her boss had chosen one of Singapore’s scenic parks to indulge in a fantasy outside of the bedroom. They picked the perfect spot… parked the car and she began giving her boss the famed “Kiss of Life.”
Everything seemed to be going to plan… until a van backed up and struck the vehicle – and that’s when things went downhill.
The impact from the van caused the woman to involuntarily bite down – severing her dear boss’s p...s.
If that weren’t bad enough, her husband – who had suspected her of cheating – hired a private investigator to follow her around. And yes – the P.I. was there… behind the not-so-happy couple when the incident took place.
Not one to focus solely on assignment, the quick P.I. called an ambulance for the woman’s lover on his cell phone after hearing her cries of horror at what had happened.
The loving secretary then went to the hospital to comfort her emasculated boss.
No word as to whether her husband was there or not."......
Aiyaaa....*speechless saya dibuatnya*....ini hanya sekadar renungan santai sambil minum2 kupi...
Tuesday, May 26, 2009
Pokok apakah ini?
Tuesday, May 12, 2009
Betulkah "Silence Is Golden"?
Tapi ada ketikanya saya mahu suasana yang 'hidup' - ada suara yg bercakap2. Iaitu semasa saya makan di kedai bersama suami. Entah kenapa, saya macam malu kalau saya makan atau minum di kedai kupi, diam2 membisu padahal ada si suami di depan mata.
Bah..kenapa la konon saya ni malu? Kawan2 macamana? Kenapa tidak bah...tau betul la kita ini sudah seasoned..urang pun bilang sanang butul mau kanal pasangan itu suami isteri ka teda. Kalau duduk diam2...satu tingu ke barat, satu tingu ke timur..atau si suami baca surat khabar...basar2 menutup muka dia...si isteri pula makan om mikinam seakan2 terkulat-kulat...silap2 hb ikut membaca front page tu akhbar yang merentang antara dia dan si suami.
Dulu kami pun begitu, satu hari saya 'mengamuk'...saya minta suami saya baca saja suratkhabar di rumah. Teda apa, saya bagi 24 jam baca akhbar kalau di rumah. Saya cakap saya malu. Mana tidak, tercabarnya saya apabila satu hari di restoran, di sebelah kami ada satu pasangan-nda taulah suami isteri ka bukan...bukan main rancak bersembang..walhal KEDUA-DUANYA BISU!!!! Kanapa saya tau bisu...sebab kedua2nya bercerita menggunakan isyarat tangan dan ada juga suara keluar walaupun bunyi "aaa...aaa..aaa.." sahaja.
Saya bilang sama lokung saya..tengoklah diaorang..kita yg sempurna sifat ni..yang ada mulut dan ada suara, boleh berbicara...LEBIH BISU DARIPADA ORANG BISU. Masa tu saya sensitif lebih lagi kerana saya ada montelllll sedikit...ada la inferiority tu sikit. Oh mentang2 begini (dalam hati saya laa) kau mcm malas mo tingu. Org montel ni mau manja2 pun bukannya kiut...macam mau kana tandang ada la. (Dalam hati...inda apa..ko tingu la nanti...) hehehe...marah punya pasal. Tapi..syukurla..cik abg tu faham juga. Nah begitu la..bukan la sampai mcm org bercinta tu..tingu saja org yg sedang hangat bercinta, matahari panas terik pun, jalan bergandingan berpegang tangan. Esehhh...tapi ini teda boleh seloroh la, kasian..bagi la chance...hahaha..jadi pada suami isteri tu, berbual-buallah sesama sendiri di meja makan. Ada masanya masalah yang besar dapat diselesaikan ketika makan walaupun ada pakar motivasi tidak suruh berbincang hal2 serius masa makan. Tapi kalau cuma boleh duduk bersama makan saja sbb telampau sibuk ih bo'os...nah..ambil saja peluang itu. Oke.
Tuesday, May 5, 2009
"Small Is Beautiful"
Mengapa saya mahu 'slim'? Ini semua kerana majoriti daripada kita mahu kelihatan cantik. Entah la kenapa apa sahaja yang nampak kecil dan nipis nampak cantik? (????) Contohnya bukan wanita atau lelaki sahaja yang mahu jadi slim, tapi laptop, tv, telefon bimbit, thumb drive (sekadar menyebut benda2 yang sangat penting) sumua mahu slim, flat screen- hah, itu merujuk kpd sifat yang nipis juga kan? Ini sudah diskriminasi...hehehe..apalagi berlumba-lumba la syarikat kosmetik mengeluarkan produk2 pelangsingan badan. Mau cantik dan hensem punya pasal, beli saja termasuk la saya. Satu kali saya beli Elken. Punyalah mahal tp hantam sajala. 1 peket lebih kurang RM25.00! Lebih mahal kosnya daripada makan di kadai. Bukan satu tapi dua peket sehari. Teda cukup itu, cari lagi pil, jusla...migagaul nopo. Nda tau mana pula yg efektif.
Apa pun, balik ke hujung pangkal juga..teda jalan pintas mau jadi kurus. Yang paling selamat kasi kurang saja tu godohot makan sama rajin2 exercise. Macam rancangan The Biggest Loser! Sekarang ini adalah ba kono kurus sedikiiiiit. Ih bapaku monoluruh, si baliau cakap..jangan la kamu talampau mau kurus (ka dialo). Kau tau ka itu rudai?!!Kurus talampau pun tida bagus bah. Sia tingu-tingu, urang yg talampau kurus ini lama2 muka dia mcm MUNYIT!!! Pasal muka dia suda jadi talampau kurus....(kebooommmm!!!) Aiyooo...macam itu punya malatop kumin si baliau. Apa nih..langsung teda moral sapot.
Tapi pikir2 balik..butul juga. Apa salah jadi gemuk sedikit? Siapa bilang asal jadi gumuk alias tebal tidak bagus? Paling bagus kalau pakit tebal (banyak duit), tilam tebal (badan tidak sakit), kita kena juga iktiraf orang2 yg berbadan comel ni la. Ini tidak, kalau orang gumuk saja makan, ada saja pandangan serong-macam dia itu kuat makan saja. Padahal si kawan tu separuh mati kelaparan juga. Apa pun..tidak bulih nafi kesihatan penting. Jadi macamana para pembaca budiman, mana yang lebih bagus badan yang slim ka yang tebal? Jawapan yang jujur ingin sekali saya dengar. TQ.
Thursday, April 23, 2009
KENANGAN SEINDAH BENGKOK
Walaupun begitu, dalam diam2 mencongak-congak juga kepala saya. Saya terkenang jalan lama dari Tandik Ke Kota Marudu. Sekarang jalan tinggi (highway) yang lurus itu bulih tarus ke Pitas, best jugalah tetapi setiap kali saya melalui jalan baru itu, saya tetap merasa kehilangan sesuatu. Pikir punya pikir, saya tau saya teda lagi limpas depan rumah si Ah Siong (hmm...mana suda beliau itu ah??Langsung sia teda tau apa2 ttg dia lagi), teda lagi limpas depan SK Tandik, tapak lama kedai2 dan Tamu Tandik dulu2 sudah jadi belukar kecil barangkali aa?? Rupanya kenangan lama saya di sepanjang jalan kenangan itu sudah betul2 menjadi kenangan yg usang. Wajah lama sudah bertukar wajah baru..kadang2 terbit rasa mahu menatap 'wajah2' lama.
Itu cuma RASA saja!!!Kenyataannya...kita mesti berubah. Tandik teda boleh jadi 'lonely planet' selama-lamanya.Satu hari nanti seiring dengan pembangunanan infrastruktur, mudah2an Tandik akan berubah menjadi suburban yang maju. Penduduknya dapat mencari rezeki tanpa perlu meninggalkan kampung.Satu hari nanti.....
Friday, April 17, 2009
Jenayah Hati I
Kehidupan berumah tangga ini memang banyak cabaran dan dugaan, selain kejutan demi kejutan setelah mengenali rona warna sebenar peribadi pasangan masing-masing-yang malangnya banyak yg indah khabar dari rupa,satu (dalam beribu) faktor yg boleh menghakis perasaan kasih sayang itu ialah 'kesunyian' yang terbit akibat kesibukan kerja.
Terlalu sibuk sehingga apabila kita balik ke rumah, kita sudah tidak bermaya untuk tersenyum mesra, membelai pasangan, mendengar cerita, menatap dan merenung wajahnya. Sejujurnya, berapa ramai di antara kita yang konsisten sempat menatap wajah pasangan masing-masing lebih 5 minit setiap hari? Saya sendiri saya akui saya tidak sempat berbuat begitu setiap hari. Itu belum ambilkira yang keluar outstation kecuali ada 3G la. Saya tiada.Tanpa kerelaan dan tanpa disedari, hati masing-masing sedikit demi sedikit menjauh dan mula wujud ruang yg pandai melebar.
Akibat kurang komunikasi masing2 rasa terabai. Ironinya di luar rumah, di tempat kerja kita sempat malah setiap hari bercakap dengan rakan sekerja, berkongsi cerita dan ketawa bersama malah sempat makan-makan atau minum kopi bersama..hahaha..tiap-tiap hari..makin lama makin rapat, jadi rutin. Teman tapi mesra. Bagi sesetengah orang, hal-hal begini tidak la memberikan impak yang luarbiasa tapi sedikit sebanyak, ada growing fondness between each other. Ada yg makin lama makin rapat...nah..itu la yang si MELATI marah besar tu ...(mana sudah dia?)
Bukankah dalam diam2 itu boleh kitakan semacam satu 'jenayah hati'? Tolong jangan pula tanya apa-apa akta tentang ini...alahai, kesian la pasangan kita yang 'terbiar' sendiri-sendiri tu. Keadaan ini berlaku bukan hanya pada lelaki sahaja, wanita juga tau...bahaya bahaya.....ok, berhenti dulu di sini. Kalau ada masa, saya akan sambung lagi.
Tuesday, April 7, 2009
Bisnes 'Orang Mati`
Palo :“Ada di rumah”
Saya : “Apa karaja dia sekarang?Masih jaga anak urang?”
Palo: “Inda suda ..di rumah saja..baranti sudah dia.”
Saya :” Kanapa? Dia takut kana tangkap ka?”
Palo: ”Tida, dia malas mau karja. Si jira ada sudah surat beranak...”
Saya : ” Hah? Macamana? Dia balik Indon ka urus?..”
Palo : ”Tida..mama dia bili surat beranak anak orang”
Saya : ” Mmm..di mana diaurang dapat?”
Palo: ” Ada saudara mama si jira kanal orang di KK. Orang itu ada saudara, tapi dia
pilipin la, kawin sama orang tampatan. Surat beranak tu anak dia punya
yang suda mati, lahir sama tahun sama si jira...”
Saya: ” Hah?!! ada juga ka...(kerut-kerut kening)”
Palo : ”Dia bili mahal...tapi pasal mama dia takut si jira kana tangkap, terpaksa
la..”
Saya: ” Barani juga aa...jadi sapa nama dia sakarang..?”
Palo : ” ****** ” (lupa la sia)
• Catatan penulis:
• Aktiviti jual beli surat beranak orang tempatan kepada pendatang asing ni memang perkara biasa. Dalam kes di atas, Palo ni berbangsa Timur, saya pun tidak faham macamana dia bersaudara (mama si jira tu makcik dia ka dialo oboh) dengan orang Filipina tu..malas saya menyiasat lebih2..belum pas CSI lagi ni saya. Cuma, bayangkan la rakyat tempatan sendiri bebas berurusniaga surat beranak orang yang sudah mati. Jadi jangan heran la, muka tu muka Om tapi bangsa Dusun/Bajau atau apa2 saja la yang tempatan.
• Mengikut peraturan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia, kelahiran wajib/mestilah didaftarkan dalam tempoh 42 hari. Selepas 42 hari sudah dikira pendaftaran lewat. Manakala kematian pula mestilah didaftarkan dalam tempoh 24 jam. Sila rujuk di bawah:
• Apakah prosedur yang perlu dilakukan untuk mendaftar kematian (daftar biasa kematian )?
Anda dikehendaki datang ke kaunter JPN dan membawa dokumen sokongan iaitu:
1. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri si mati yang asal
2. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemaklum
3. Dokumen bukti kematian seperti permit perkuburan
4. Perakuan oleh Pengamal Perubatan mengenai sebab-sebab kematian [Borang JPN.LM09 atau JPN.LM10 (Post Mortem)]
• Berapakah bayaran yang perlu dilakukan?
Bayaran permohonan adalah percuma.
• Dengar2 cerita- Kota Marudu antara daerah yang mempunyai bilangan pendatang yang ramai. Betulkah????
Thursday, April 2, 2009
April Fool Yang Membawa 'Bencana'
Inilah kes april fool yang malampau.Dikasi pendek lagi cerita, semua pelajar asrama kana kumpul oleh warden, kena denda lagi tapi yang malang sekali, teda sapa barani mengutip seluar dalam yang beratus2 lemon tu di luar, malu baitu lagi2 yang berkapel..hahaha...dengar cerita ada pljr yg terpaksa membeli seluar dalam baru gara2 tejemur semua koleksi santutnya...itu la..main2 juga tapi jan la talabih ka di stacy..nasib baik saya punya teda terlibat!!
Wednesday, April 1, 2009
Terkenang Sahabat Lama
Yang menyebabkan saya sentiasa mengingati dia, pada masa saya melalui saat-saat paling sukar di tempat kerja, dia mungkin (?) sangat memahami keadaan saya. Saya tidak pasti 100% sebab kami tidak banyak berbual. Tetapi apabila saya rasa rungsing, dia tiba-tiba ada di sebelah saya. Ada satu ketika, yang lucunya kami pernah duduk sebelah menyebelah sambil memantau persiapan program kami, hanya beberapa patah yang kami cakap..selebihnya hampir sejam masing2 duduk diam melayan fikiran sendiri. Jangan salah sangka ya..ini sahabat karib sama jantina!!! Saya berharap di mana pun dia, dia akan bahagia bersama keluarga. Saya pasti dia tentu teringatkan saya juga pada masa ini.
Saturday, March 21, 2009
Fungsi Majlis Daerah - Kota Marudu?
Fungsi Majlis Daerah (Pejabat Daerah la)
Melesenkan dan mengawal pelbagai jenis perniagaan dan penjaja.
Mengadakan perkhidmatan kebersihan bandar dan menyediakan perkhidmatan pembuangan sampah-sarap, pembersihan longkang, parit dan jalanraya.
S - SAMPAH
3L - LONGKANG, LAMPU dan LANSKAP
R - RUMPUT
J - JALANRAYA
Memberi perkhidmatan kesihatan, kawalan makanan, kebersihan pusat jualan makanan dan pengawalan penyakit berjangkit.
Membina dan menyelenggara jalanraya, sistem perparitan dan saliran.
Menyediakan kemudahan-kemudahan awam seperti Pasar Awam, Gerai, Medan Tamu, Dewan Masyarakat, Padang Bola, Perhentian Bas dan Perhentian Teksi.
Menyedia dan mempertingkatkan kemudahan-kemudahan asas dan menggalakkan kegiatan ekonomi yang berdaya maju.
Mengindahkan bandar dengan menanam serta memelihara pokok-pokok bunga dengan lanskap yang menarik.
Menyediakan kemudahan infrastruktur, taman permainan kanak-kanak dan taman rekreasi.
Memungut cukai-cukai pintu rumah di kawasan perkadaran.
Mengurus sistem trafik dan penamaan Taman-Taman dan Jalan-Jalanraya.
Menguatkuasakan undang-undang Kuasa Tempatan.
Menyediakan kaunter kutipan Hasil.
Friday, March 13, 2009
Soulmate atau Sekadar Housemate?
Dulu zaman remaja, kononnya saya ni masuk kategori ‘jual mahal’ selalu. Pride talampau tinggi. Tambahan didikan orang tua barangkali…(tapi rasanya orang momogun ni –sampel ibu bapa sendiri- tidak pandai meluahkan perasaan dgn cara yg betul) Kasih sayang ditunjukkan melalui rasa marah. Contohnya anak (kesayangan la tu) kalau jatuh, misti kena marah..”itu la kau, mana mata kau..buta ka?”. (padahal dlm hati..abislah anak aku ni suda la nda brapa lawa, jatuh lagi) Saya percaya kawan2 juga misti ada pengalaman begitu.
Dulu saya kononnya macam ramai juga secret/open admirers. Pakai tulis surat segala. Ada juga yg saya butul2 suka, tapi saya rasa saya akan tewas teruk kalau saya tunjukkan perasaan suka saya tu (self-centered betul). Saya sanggup bertahan mendiamkan diri, nama suruh saya contact dulu, mimang jauh panggang dari api. (Teruknya) barangkali sebab itu la, banyak kali `bunga-bunga suka(?)’ saya tu berguguran. Kawan2 ckp saya mcm dingin, teda perasaan dan belas kasihan. Tapi saya jarang peduli. Tapi saya akui saya konservatif sedikit. Dlm fikiran saya masa itu, bila serius bercinta misti terus kahwin. Kalau suka bagi saya, misti tunjuk sungguh-sungguh. Action bukan words sahaja. Berhemah, ya..itu moral issue bagi saya. Terlalu mudah bagi saya, adalah satu barang yang tidak bagus. Sebab itu saya fikir saya tidak pernah ’jatuh cinta’ seriously seblm ini.
Tapi setelah berjumpa pasangan hidup, mungkin inilah soulmate saya? Kerana pada saya apabila kita jumpa orang yang tepat..the moment you laid your eyes on him/her, you’ll feel that you can recognize him/her amongst the thousand people around you. Tidak akan silap. Mata adalah jendela hati. Dalam hati la firasat juga ada. Otak memandu kita.
Cinta sejati pada saya.-.kita sentiasa sempat berfikir sebelum melakukan sesuatu tindakan atau bercakap. Apabila bergaduh atau berselisih faham sampai bikin panas pun, kita masih sempat mengenang kebaikannya. Apabila dilanda masalah, kita masih saling menyokong. Kalau pasangan sedang ‘lemah’ dan rapuh, walaupun dlm hati kita sendiri sangat takut dan bimbang, tapi kita akan sembunyikan perasaan itu and put the brave face outside. Senyum kepada pasangan walaupun hati sendiri sedang luluh.
Apabila usia meningkat, muka sudah mula berkedut, we still treasure that wrinkled face, memikirkan setiap garis yang muncul di wajah pasangan kita sebagai satu lagi bukti lorong2 kehidupan yang kita lalui bersama dalam susah dan senang. Ada masanya, apabila kesabaran dan kekaguman kita terhadapnya teruji, kita misti rasional tapi saya seandainya saya diberi pilihan pada siapa saya jatuh cinta lagi, pada saya…sehingga kini saya masih memilih orang yang sama walaupun selepas berbelas tahun bersama segala kelemahan dan kekurangannya saya sudah ketahui. Mata saya tidak dapat mengenali orang lain selain dia walaupun sudah beribu orang yang saya lihat setakat ini.
Pendekata, housemate saya adalah soulmate saya.
Wednesday, March 11, 2009
Mesti ada tu...takkan tiada...YB!
Secara peribadi saya berpendapat, apabila PBS sudah berada dlm BN, grab this opportunity to perform SEPENUHNYA. To the fullest level of performance. Tidak payah fikir yang lain. Ibarat sang kekasih yang akhirnya berkahwin dengan pilihan hati, TOLONG jangan asyik merindu yang lain. What is in your hand right now? Prioriti geng.
Suka tidak suka, YB sudah menang melalui pilihanraya. Apabila saya fikirkan semula, dalam apa pun keadaan, saya memilih untuk fokus kepada my one and only point :selepas ini, apa yang patut dilakukan oleh seorang yang terpilih itu..the chosen one? Sudahkah beliau merancang? Ahh..mustahil belum. Tuan sudah menang. Sudah menang, maknanya sebelum ini sudah cemerlang merancang. Lepas menang, membangun. Mana mungkin tidak merancang untuk membangun. Jangan underestimate YB kita. Kita sendiri pilih tau.....(senyum sendiri...saya orangnya selalunya tersenyum saja di luar). Blue ocean please! (Tuan Tony Fernandes, CEO Air Asia terkenal menggunakan strategi Blue Ocean)
Bukan mahu mengajar sesiapa, tapi ini doa saya - mudah2an YB Max ada perancangan strategik yang ampuh untuk pembangunan Kota Marudu. Supaya tidak 'terlepas pandang' -pasti ada taktikal plan dan operational plan. Mustahil YB Max tidak mengerahkan pasukannya untuk buat SWOT Analysis, cari 'hot spot' KM, kaji current issues dalam setiap aspek dan set target. Takkanlah tiada pembentangan kepada ketua2 kampung. Barangkali ada bah kan? Boleh tanya diaoranglahkan. Matlamat yang hendak dicapai, mesti dikongsi dan dipropagandakan setiap hari. Doktrinisasi supaya tidak lupa, bila lupa..problem. Takkan tiada salinan blueprint bagi sama mana2 wakil pemimpin di KM? Mesti ada tu..By the way, apa Visi Kota Marudu dalam masa lima tahun, 10 tahun? Saya ni memang ketinggalan...minta bantuan bg tahu, sebab dari Visi dan Misi..kita akan tahulah hala tuju YB bawa kita kemana. Kalau di Korea Utara, setiap rumah rakyatnya dipasang radio dan tv yang menyiarkan propaganda kerajaan - setiap hari mesti pasang dan dengar.Ingat, tidak BOLEH lupa. Lupa jadi dosa besar. Wah..itu sudah lebih.
Matlamat sudah tentulah MESTI realistik, bila realistik, pasti ada langkah-langkah dan kaedah yang REALISTIK untuk mencapai dan merealisasikannya. Maaf tuan, saya tahu semua ini dalam tangan tuan. Finger tips beb!
Tapi orang kerdil seperti Furen ni, ingin tahu tuan. Apa kata, YB Max (orang kanan dia mana?) buatlah satu blog mcm kawan2 Kota Marudu ni (tapi saya punya ni terlampau simple) reasoning your action sir! Don't let your people questioning you (like I did now) and worst to come worst, accusing you neglecting your own people...(jahatnya ...hahaha) jika perancangan tuan tidak dapat dibukukan dan diedarkan kepada orang2 kampung, just let us know your planning melalui dunia tanpa sempadan ini. Don't mean to brag, but sir, let the world knows what your did to Our Sacred Kota Marudu....ishhh...sudahlah. Macam serius sudah ni Mike..saya tidak ingin hati dan kepala orang explode bila masuk dan baca blog ni.
Just kongsi something from MIKE TODD.
"I've never been poor, only broke. Being poor is a frame of mind. Being broke is only a temporary situation."
Atau Malayunya: "Saya tidak pernah miskin cuma tidak mempunyai wang. Untuk menjadi miskin adalah satu bentuk pemikiran. Untuk tidak mempunyai wang, ia cuma satu keadaan yang sementara sifatnya" Adios...Furen kena sambung kerja yg memeras otak lagi lepas ini.
Thursday, March 5, 2009
'Marah' cara urang kita...
Wednesday, March 4, 2009
Say Hello
Sekiranya anda berpeluang bersama seseorang yg terhormat, kaya, ternama dan terkenal, datang pula ke rumah, mau kah kita bagi dia makan megi saja?! I don't think so..misti kita kalang kabut, malu2...(malu bagi barang yg low class kono'), sbg seorang yg berhemah tinggi, kita misti mau cuba bagi sesuatu yg terbaik...rumah pun kasi kemas...macam2 la. Itu la yang sepatutnya kan? Tapi kalau yg datang tu teda2 punya urang...aduih....nda payah cerita. Nanti menyakitkan hati urang.
Cuba tingu saja lah fasilitas yg kita ada???....Ok ba kalau kau.....mungkin itu la kita. Obunsian, teda cerewet, teda memilih...apa2 saja...ok ba kalau kau...jan bah kau tembirang....sekali sekala, rakan2 ku..mari kita bersikap cerewet, mari kita memilih...pilih yang paling bagus punya kualiti...kita berkira la...kanapa inda?! We deserve it!....itu la saja hari ini......hmmmm
Friday, February 20, 2009
Kenangan Malam Tahun Baru
LITTLE MIKE PUNYA CERITA SOGE'EH.
By: Little Mike
sya lagi la panakut masa sekolah rendah dulu... di kowe'egan kunun rumah dia tu soge'eh... apa lagi paling sya trauma la kawasan sana.. Naik kurita ramai2 lalu tu kawasan sana pun 'bagagar' jantung... kiri kanan la sya meningu hutan.kalau pigi sikulah, banyak masa sya habiskan masa betapuk juga pasal soge'eh dan panakut sama tu luging, kopiting,mordusa... sampai2 sikulah selalu la comot sya nadagan batapuk.. sikit-sikit batapuk. Ada dengar kurita bukan lagi balari, main buang badan ja inda meningu lagi tempat membuang badan tu apa da di sana.. lumpur ka, lupak ka.. air ka... nah, bayangkan la pegi sekolah dan balik sekolah adamasanya sya begitu comot..satu lagi.. bikin tau itu pangait a bukan ialah1. apa sajau kurita ka, luging ka... kalau no plat dia ada dua A contohnya SAA9873.. HAH! itulah pengait tu dorang bilang.. apa lagi kalau pigi pekan tandek lama dulu2 atau keluar dari sekolah.. sana la sya bediri di pagar monoyinu kereta yang ada tulis SAA... apa lagi abis buku latihan sya mencatat no kurita yg SAA.. aina banyak juga. Tujuan catatan sya itu, nanti lain kali tejumpa no tu, buli 'buang badan' batapuk. hahaha... Kana rotan sya yoooong oleh beliau sya (mendiang) pasal mencunting buku.. pa lagi bila bapa merutan ada satu kali setiap kali dia libas rotan dia bilang SAA! (libas lagi) SAA!.. teda guna pigi sikulah begitu!!.. (rotan lagi)2. Tengok urang yang bawa bungkusan kain dia pikul2 di belakang. kalau ada merah, itu kepala yg sudah kena potong... adeehhh!! pa lagi sya nie... semua org sya tingu ada bawa bungkusan ka teda.. makin2 lagu tejumpa pakistan yg jalan2 jual kain... ainaaaa.... PANGAITTT!!! sya bilang nogiada beberapa urang yng sya anggap pangait masa tu... korang ingat sepa? hah.. ni sya bagitau la... Si Layang sama si Nua yg suka main katam2 tu.. apa lagi ni si Nua yg suka nakal kajar budak di kowe'egan.. makin la. Ketua soge'eh kami bilang. haha c James yg bekas pulis tu pun pernah sya anggap pangait... hahaadeehh... kuat juga ni penangan PANGAIT! haha...
February 20, 2009 1:57 PM
Wednesday, February 18, 2009
PANGAIT OH PANGAIT
Monday, February 16, 2009
SRK TANDIK TERCINTA
Tapi guru basar tu banyak ideanya. Masa dia lah kami banyak bercucuk tanam. Bayangkan ada tanah bersabalahan dispensari yang lama (sikulah punya barangkali) di sana la kami bertani. Banyak masa kami menanam sayur la, jagung la...subur2 lagi tuh. Guru basar kami tu berpesan, kalau menanam jagung jangan katawa ka becakap, nanti itu jagung jarang2 buahnya macam gigi rumpang (macam si agas laitu kan) ...hihihi...aihhh...lain butul sukatan palajaran dulu2, nasib la dapat juga sia menyambung sikulah. Cuba kalau sakarang. Buli ka bagitu ahhh??
Friday, February 13, 2009
WoNderFul Tonight
Besok Valetine. Yang dilamun cinta misti - jika tidak banyak ada sikit dalam hati mau menyambutnya. Sia sebenarnya tidak pernah pula celebrated 14hb Feb ni. Entahlah, barangkali sa bukan spesis yg romantik. Walau bagaimanapun, sa ada kenangan tentang cinta ni. Urang di kampung2 bilang SINTA KA DILAYANG.
Satu malam kumpul2 di ...aiseh..nda ingat tu tampat tapi di Univ la tu. Ala-ala macam malam perkumpulan pelajar. Ada la sa urang ni (senior) barangkali time tu dia jatuh suka sama sia. Nda tau pulak bila butul2 dia suka. Dia ni jarang2 cakap panjang2. Macam ada berlian dalam mulut mangkali. So..function kami tu ada la main nih lagu nih. Wakakakak.. masa bercinta ni bukan main manis lagi...apa sahaja si dia buat sumuanya OK saja.
Sayangnya, bila sudah berumahtangga..kanapa la pulak pandai hilang sumua perasaan tu? Dulu berpandang-pandangan dari jauh pun macam berbillion mesej boleh sampai tapi sakali sudah bersama, duduk dakat2 pun buat2 nda nampak...hahaha..jangankan bertentang mata, berlimpas bayang2 pun payah. Lagi truk..urang bilang, tidur satu bantal mimpi lain-lain woo.
Saya teringat kawan baik saya, dia termimpi laki dia kawin lagi, subuh2 buta, ayam pun bulum bangun, dalam keadaan separuh mamai dia pukul laki dia yang masih tidur nyenyak. Terkezut besar laki dia (agaknya laki dia tu tgh mimpi kahwin lain – hehehehe – sori kawan, jan kau marah ba) terpisat2 dia bangun, mau marah pun ada. Kanapa tidak, siok2 tidur kana pukul la pula. Kalau aku pun, mau aku plaing kik saja.
So..kalau cinta tu suda tinggal asap2 saja, pandai2 la cari jalan mau kasi idup tu api.
Thursday, February 12, 2009
Tamu Tandik
Dulu2 balajar juga aku becakap Bajau. Paling2 yg aku ingat, "nginai kau? Alap?" atau "mangan kita!" Lagu bajau pula lirik yg aku masih ingat "Ikau no raja kobog, matai aku binibog..." Hahaha...kalau lagu dusun "Ya pa ku majalin, nunu pu sino dikau, tulu tikuw sid dogon..." Ada satu lagu kira evergreen juga macam lagu Teresa Teng.."som som miido...siti oku tombunan.."
Analisis sia (kono2 punya analisis) lagu2 dusun terutamanya yang dulu2 banyak mesej yang agak negatif. Macam lagu kimaragang di atas tu, menunjukkan si penama kerugian selalu. Macam org menang sorak kg tegadai..(yg full version) kalau lagu Proton saga pun bagitu. Harapan saya oleh sebab masyarakat hari ini sangat cintakan hiburan...perbanyakkan lagu2 dalam bahasa etnik yang positif maksudnya. Ini banyak lagu2 sinta (walaupun aku sukaaaa jugak...hehehe) Tapi cinta saja nda cukup bah.Cinta saja tidak dapat beli susu, beras, garam dll.The big 3 di Malaysia (Malaya, Kina dan India) mereka sudah 'berjuang' untuk perkara2 yg besar2...Kita mau ramai lagi macam blogger KM yang sudah berjaya...salute sahabat.
Anyway...kalau boring pun sia layan juga lagu Goyang Inul tu. Hahaha..
Wednesday, February 11, 2009
Jangan Tiru Cerita Ini Di Rumah
Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut... Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama menatap si punk tersebut... Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya.. "Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?" Setelah menarik nafas panjang... orang tua itu menjawab.. "Tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk.. dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakatua. jadi sekarang ini aku keliru... jangan-jangan kamu adalah anakku."
Furen Laoshi: Anak-anak zaman sekarang memang pelik2 cita rasanya. Pelbagai fesyen jadi ikutan-Punk, Gothic, Ranggi,...seluar terlondeh, perhiasan pun banyak macam ada besi, logam dan ntah apa2 lagi. Kalau pesen Gothic pakaian serba hitam, mata pula bercelak tebal. Biasanya orang2 warak pakai celak ni, khasiatnya boleh membuat mata lebih terang tapi sekarang ni ...aiseh..terlabih sudah. Kalau nda cukup terang lampu kalau jumpa mata Gothic, mau ko lari 100 meter 2 saat saja. Sapa mau jawab tuh?
JAGUNG OH JAGUNG
Ada seorang Aceh dari kabupaten Pidie, menulis surat ke anaknya yang ada dipenjara Nusa Kambangan karena dituduh terlibat GAM (Gerakan Aceh Merdeka). Bunyinya: "Hasan, bapakmu ini sudah tua, sekarang sedang musim tanam jagung, dan kamu ditahan di penjara pula, siapa yang mau bantu bapak mencangkul kebun jagung ini?" Eh, anaknya membalas surat itu beberapa minggu kemudian. "Demi Tuhan, jangan cangkul itu kebun, saya tanam senjata di sana," kata si anak dalam surat itu. Rupanya surat itu disensor pihak rumah tahanan, maka keesokan harinya setelah si bapak terima surat, datang satu peleton tentara dari kota Medan. Tanpa banyak bicara mereka segera ke kebun jagung dan sibuk seharian mencangkul tanah di kebun tersebut. Setelah mereka pergi, kembali si bapak tulis surat ke anaknya. "Hasan, setelah bapak terima suratmu, datang satu peleton tentara mencari senjata di kebun jagung kita, namun tanpa hasil. Apa yang harus bapak lakukan sekarang?" Si anak kembali membalas surat tersebut, "Sekarang bapak mulai tanam jagung aja, kan udah dicangkul sama tentara, dan jangan lupa ngucapin terima kasih sama mereka." Pihak rumah tahanan yang menyensor surat ini langsung pingsan.
KHAS UNTUK MELATIDUKA (YANG LAIN PUN AMAT DIALU_ALUKAN BACA)
Ketika makan tengahari bersama, Pian berbual dengan Amat jiran sebelah rumahnya.
Pian: "Amat, aku dengar semalam kau bertengkar dengan isteri kau?"
Amat: "Ya betul..."
Pian: "Mesti hebat kan? Jadi akhirnya macam mana?"
Amat: "Akhirnya dia berlutut di depan aku..."
Pian: "Wuahhhh hebat sekali kau... kau memang jantan sejati, kemudian apa kata isteri kau?"
Amat: "Isteri aku berteriak dengan kerasnya, "Hei kalau kau anak jantan, keluarlah dari bawah katil tu dan hadapi aku!!"
Pian: "@#$!%^&%"
Saya baca blog si Melatiduka , saya ketawa terpingkal-pingkal-kalau cukup ruang depan komputer ni mau saya guling2 sendirian. Terus teringat cerita ini. Bagus juga untuk tatapan sesiapa sahaja. Secara ikhlasnya sia kagum sama lelaki yg sanggup bersembunyi di bawah katil tuh daripada yg membantai bininya secara melampau.
Mengapa Perempuan Melayu Senang Kena Rasuk
Tuesday, February 10, 2009
Perpustakaan Kota Marudu
Monday, February 9, 2009
Mee Goreng Si Ah Bui
Sabah - Sentiasa Corot Dalam Carta
KOTA KINABALU 1 Feb. – Kekurangan guru bahasa Inggeris merupakan faktor utama yang menyebabkan kelemahan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di negeri ini.
Exco Pelajaran Negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, selain itu, ketiadaan prasarana dan kemudahan sekolah yang sempurna juga menyukarkan mewujudkan suasana pembelajaran dalam bahasa Inggeris yang berkesan di negeri ini.
“Bagi Sabah penyumbang besar kepada kelemahan ini ialah ketiadaan guru-guru bahasa Inggeris yang cukup di luar bandar.
“Guru-guru yang dilatih khusus untuk mengajar bahasa Inggeris juga tidak mencukupi malah guru-guru mata pelajaran lain terpaksa mengambilalih mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ulasan: Menurut sumber sahih, setiap kali pengumuman keputusan peperiksaan sama ada PMR, SPM dan STPM- Sabah sentiasa di tangga yang tercorot. Tapi tidak diperjelaskan kepada umum. Mungkin takut dijadikan isu. Kesian anak-anak Sabah. Sebab itulah barangkali Sabah macam selalu kena olok-olok ...rakan di Semenanjung suka bertanya soalan yang pelik2 sama kita. Pasal lompat katak pun misti Sabah jadi contoh. Suara YB Bung Karno mimang lantang di parlimen, tapi jalanraya kita masih banyak yg graval.
Penangan Perak
Sapa tidak mau jadi kaya? Sia pun mau.....
Sunday, February 8, 2009
Serius dulu sekejap
1. Tingkatkan tahap pendidikan warga Kota Marudu. Secara menyeluruh. Maka sekolah-sekolah
di seluruh Kota Marudu mesti melestarikan pembudayaan ilmu di kalangan anak-anak.
Tingkatkan kesedaran untuk menuntut ilmu dan kemahiran. Jumlah warga KM yang sangat
berjaya sudah ada tetapi belum cukup ramai. Hanya melalui ilmu saja dapat mencelikkan akal.
2. Pejabat Daerah Kota Marudu perlu menggiatkan usaha pembangunan daerah terutama yang
berada di bawah bidang autoritinya. Contoh paling mudah - baiki imej pekan Kota Marudu.
Rumput2 yang panjang mesti sentiasa di'trim'. Sampah-sarap sentiasa dibersihkan. Lanskap
Kota Marudu diperelokkan. Mercu tanda Kota Marudu misalnya..cukup ka jagung tu?
3. Mengusahakan tanah sendiri ke tahap yang maksimum. Diharap anak jati KM tidak menjual
tanah/menyewakan kepada PATI. Kekuatan daerah Kota Marudu adalah tanahnya yang
sangat subur. Take advantage of it.
4. Mengubah sikap. Jangan cepat berpuas hati dan cepat penat. Yang bekerja sendiri, jangan
kerja sehari, berehat 5 hari. Anak2 muda yang tiada pekerjaan, rebut peluang untuk pelajari
macam2 kemahiran. Gunakan sepenuhnya agensi kerajaan yang ada di persekitaran
aiseh...itu sajalah. Nanti aku sambung yg serius ni lain kali.
Gerhana Bulan
Saturday, February 7, 2009
"Hilo ko rusuk yalo..."
Journey to the East
Dalam flight, aku dapat tempat duduk di belakang sekali, bersebelahan tingkap kapal. Yang duduk di tengah -seorang wanita cina dan di hujung sekali seorang sami Buddha (berdasarkan pakaiannya). Datang seorang peramugari tiba-tiba memanggil aku dengan begitu sopan sekali.
Peramugari : (Speaking---biasalah, peramugari ckp BI semua) Excuse me Madam?
Aku : (Sedikit terkezut) Uh? Yes?
Peramugari : Did you request a special meal Madam?
Aku: (????) Special meal? No...
Peramugari : (Terdiam seketika- still looking at me ) Are you a vegetarian Madam?
Aku : (Makin saspen tapiii....aku melirik ke arah Sami yang tenang di hujung sana) Sorry, but I am not a vegetarian.
Peramugari : (Nampak confused) Thank you.
Tidak lama selepas itu, makanan sampai. Menu kapal terbang yang biasa. Last sekali Sami di hujung tadi dapat makanan yang 'berbeza' daripada kami. Jelaslah, special meal itu untuk Sami tadi. Dalam hati berkata-kata "Uh, am I look alike a Monk today?". Persoalannya sejauh mana tahap pengetahuan peramugari itu? Saya berbaju kurung jeee.
Learning Japanese.
Yang suka berjimat - Sayori sukamura
Yang suka makan nasi - Nanachi kasibanya
Yang suka layan blues - Apo nadikato
Yang suka belajar - Ashiko Ulangkaji
Yang kerap bikin kacau - Wakasi huruhara
Yang suka mengintai - Hintai Akosuka
Yang sangat kedekut - Matimati tamokasi
Yang suka tidor - Ichiban Tidomati
Yang sudah tua - Taragigi padanmuka
Yang kena tinggal bini - susahati binilari
Yang putus cinta - ichigo bunudiri
Yang suka tiru bunyi potoki - Hakutiru potoki
Yang suka berblog - hakuini tombolog.
Sekian. Happy Learning Japanese. Arigato guzaimas.
Nostalgia
Teringat masa kici2, sama ada datuk atau nenek semua dipanggil si 'ninih' (jgn lupa huruf 'h' tu)Kami pula dipanggil si 'maki'=cucu. Lepas tu terbayang bapa dan mama. Dulu2 standard anak yang 'baik' ialah rajin dan pandai menanam padi, pandai menjaga karabau, tau mencari kayu api di 'gouton', tau 'merutok' kalapa dan kasi makan ayam (ada jadual lagi tu ayam tu makan), patang2 mengangkat air dari talaga, mengikat karabau-kasi pindah2 jangan sampai rumputnya abis satu tampat, dan banyak lagi..makan pun ada masanya 'mewah' dan banyak masa ala kadar saja. Asal ada nasi jadilah. Lauk pula asyik masak sup tarajun (tapi itu la yang paling sedap pulak...) Halia bubuh banyak2. Bapa aku benci makan sayur. Bilangnya teringat zaman Jipun masa diaorang lari ke 'gouton'. (Ada ka patut) Sup tu sama ada ayam atau ikan atau daging. Cakap pasal sup ni, terkenang pulak 'gisak'. Hahaha..dulu aku makaaaannn saja tuh. Sedap pula!!! (Teringat mau makanla ni!) Berbelas tahun lepas tu baru aku tau kanapa rasanya sedap. Rupanya 'gisak' tu usus karabau atau sapi yang direbus tanpa mengosongkan isi ususnya. Patutla kuah 'gisak' tu kadang2 warna hijau, ada rumput lagi tu, kadang2 warna hitammmm....pasal apa...lu pikirlah sendiri. Hua hua hua.Kadang2 kami makan tiada lauk. Pakai garam, kalau ada sambal belacan pun suda cukup best. Aku ingat ayam kami dulu tu tensen juga. Bila kami tiada lauk, walaupun 'dia' tengah mengeram, kami seluk ja telurnya.
Itu dulu....sekarangnya ni tengah2 masak, aku boleh teringat catuan makanan kami. Banding sekarang, tidaklah banyak tapi makanan jauh berbeza. Kiranya masak2 ni bole la juga aku. Kerap juga makan di hotel (konon) kalau function dgn dessertnya, appatizer la, main course la. Bon appetite la. Menu di rumah pun tukar2 tapi hujung2 aku rindu makanan di kampung waktu dulu2......