Friday, April 17, 2009

Jenayah Hati I

Kesibukan yang tiada henti merupakan halangan2 kecil untuk saya kerap menulis di blog ini. Bukan macam awal2 dulu..masa kebaru-baruan membuka blog. Walau bagaimanapun, persahabatan yg unik di alam maya ini sentiasa menggamit rasa saya untuk datang melihat-lihat blog rakan2 yg sempat saya buka. Cerita tentang cinta memang tidak pernah membosankan. Saya tidak berkeinginan untuk menyentuh isu-isu politik yg semakin memualkan buat masa ini. Entri Dr Nelson tentang cinta sejati membuat saya ingin mengusik rakan2, kalau la boleh saya ajak anda membuat pengakuan...., tapi kalau pengakuan jujur boleh menggegarkan lantai rumah anda, diam-diam sajalah.

Kehidupan berumah tangga ini memang banyak cabaran dan dugaan, selain kejutan demi kejutan setelah mengenali rona warna sebenar peribadi pasangan masing-masing-yang malangnya banyak yg indah khabar dari rupa,satu (dalam beribu) faktor yg boleh menghakis perasaan kasih sayang itu ialah 'kesunyian' yang terbit akibat kesibukan kerja.

Terlalu sibuk sehingga apabila kita balik ke rumah, kita sudah tidak bermaya untuk tersenyum mesra, membelai pasangan, mendengar cerita, menatap dan merenung wajahnya. Sejujurnya, berapa ramai di antara kita yang konsisten sempat menatap wajah pasangan masing-masing lebih 5 minit setiap hari? Saya sendiri saya akui saya tidak sempat berbuat begitu setiap hari. Itu belum ambilkira yang keluar outstation kecuali ada 3G la. Saya tiada.Tanpa kerelaan dan tanpa disedari, hati masing-masing sedikit demi sedikit menjauh dan mula wujud ruang yg pandai melebar.

Akibat kurang komunikasi masing2 rasa terabai. Ironinya di luar rumah, di tempat kerja kita sempat malah setiap hari bercakap dengan rakan sekerja, berkongsi cerita dan ketawa bersama malah sempat makan-makan atau minum kopi bersama..hahaha..tiap-tiap hari..makin lama makin rapat, jadi rutin. Teman tapi mesra. Bagi sesetengah orang, hal-hal begini tidak la memberikan impak yang luarbiasa tapi sedikit sebanyak, ada growing fondness between each other. Ada yg makin lama makin rapat...nah..itu la yang si MELATI marah besar tu ...(mana sudah dia?)

Bukankah dalam diam2 itu boleh kitakan semacam satu 'jenayah hati'? Tolong jangan pula tanya apa-apa akta tentang ini...alahai, kesian la pasangan kita yang 'terbiar' sendiri-sendiri tu. Keadaan ini berlaku bukan hanya pada lelaki sahaja, wanita juga tau...bahaya bahaya.....ok, berhenti dulu di sini. Kalau ada masa, saya akan sambung lagi.

4 comments:

  1. Hehe... cerita kau ni Furen. Saya copy paste komen saya dalam blog KW untuk tatapan dan renungan kita bersama.

    Dalam perkahwinan, itulah gunanya komitmen. Berkahwin ni bukan hanya kerana perasaan cinta, tapi satu tanggungjawab terhadap cinta.

    Perasaan boleh berubah-ubah. Hari ini mungkin rasa sayang, esok mungkin kurang sayang (lebih2 lagi kalau berlaku pergaduhan), tapi jika kita tetap berpegang kepada komitmen 'janji perkahwinan', maka kita tahu bahawa kita sebenarnya masih 'mencintai' pasangan kita (walaupun perasaan pada masa itu hambar saja).

    Bila berada di luar dan jauh dari pasangan, rules yang sama juga dipakai. Tidak salah kita 'tertarik' kepada seseorang atau sesuatu, tetapi jangan sampai kita 'terjatuh' lagi. ;)

    Nota: Sungguh senang tertarik kepada sesuatu yang 'indah'. Memang banyak cabaran di hadapan, tapi tidak semua mesti 'diredah'. Hehe...

    ReplyDelete
  2. jenayah hati...
    ah... tutup mulutlah.... sshhhh!!!

    amu kawasa ulason. hehehehe

    ReplyDelete
  3. Ison
    Begitu laitu...sayang ini pun ada graf turun naik. Kadang2 tinggi melonjak kadang2 turun melandai. Kdg2 kita nampak psgan kita tu hensom/cantik..kadang2 alala...nda tau la mo ckp. Mcm si surinit bilang amu kawasa ulason.Kahkahkah...sya tau ini isu yg sensitif..teda apa..diam2 saja la bah..tapi ingat mengingati itu bagus juga bah. Kan?

    ReplyDelete
  4. Rantong,
    Terima kasih kerana sudi mampir di sini.

    ReplyDelete