Tuesday, February 10, 2009

Perpustakaan Kota Marudu

Tandik zaman 70an dan awal 80an (harap2 nda silap) belum ada bekalan elektrik yang proper. Aku juga sikulah di SK Tandik. Bila malam, aku kalau mau buat kerja rumah ka membaca, pakai lampung pelita (lampu minyak tanah) ja. Sumbunya dibuat dari perca kain sarung yang suda lama. Habis buat kerja rumah/membaca, habis legam muka kena jelaga. Macam anak2 lain, impian aku pun bukan main tinggi melangit. Mau keluar dari belenggu 'kemiskinan' (hehehe) Teda entertainment, ada pun tv hitam putih. Pakai bateri kereta. Kalau habis bateri, habis la siaran. Itu pun tahun bila baru ada...Lebih kurang mcm Astro la kono. Tapi Astro ada ujan sedikit..hilang siaran. Bilang pakai satelit...Jadi macamana mo hiburkan hati? Aku jadi ulat buku. Membaca siang sampai ke malam. Buku tebal yg pertama aku baca masa Darjah 2, judulnya Interlok (Abdullah Hussain) dan satu lagi (tebal juga) tapi nda ingat la.Bayangkanlah apa la budak darjah 2 faham pasal Interlok? Buku ni mengisahkan perjuangan 3 bangsa utama di Malaysia (Melayu, Cina dan India) untuk menuntut kemerdekaan dan menghadapi ancaman komunis. Kerana terlalu suka membaca, aku jadi pengunjung tetap perpustakaan mini sekolah dan aku paling menanti kedatangan perpustakaan bergerak. Buku2 menjadi jendela dunia aku. Tidak cukup itu, aku pigi lagi ke perpustakaan di pekan lama Bandau. Bila pindah ke pekan Kota Marudu, aku pigi lagi. Bukan tembirang tapi hampir habis semua buku aku baca dalam perpustakaan tuh! Mana tidak, aku mula dari rak 1 hingga rak terakhir!! Hantam samua genre -cerita penyiasatan, love story, cerita dongeng etc..etc..Hahahahaha...jadi bila aku fikir ttg satu2 tempat, mcm paranah pigi sebenarnya tidak. Setakat ni, aku cuma mampu habis jelajah semenanjung Malaysia, Sarawak dan jejak kaki ke Thailand, Indon, Burunai saja. Bukan mcm si Illie tu.Suda tinggal di Jipun...Oleh sebab itu, the youngsters hari ini patut ada hobi membaca ka apa sahaja yg urang bilang berfaedah. Sekurang2nya paranah 'melancong' dalam minda bagi org yg tidak barapa mampu mcm aku. Ketiadaan minat yg khusus boleh mendatangkan masalah juga. Sekarang aku membaca juga tapi lebih kpd yg berkaitan dgn kerja. Tapi aku masih subscribe National Geo. Novel???? Teda pernah serius baca lagi. Heran juga aku boleh stop baca novel since 1992...>_<

4 comments:

  1. Membaca sebenarnya satu pengembaraan.Dulu kami di Tandek adik beradik ramai2 baca buku duduk keliling lampu pom.Kalau cahaya mulai pudar ada 1 orang jadi tukang pom itu lampu.hahaha.Lepas tu bapa beli generator pasang lampu kalimantang dirumah sebab kami semua rosak mata.Adooiii....macam tiada 1 orang pun kami yang nda pakai saramin mato oo...nasip tidak obolou.Palis2

    ReplyDelete
  2. aku ni kalau membaca skijap ja, lama2 tu buku yg baca aku hahahah

    ReplyDelete
  3. Aku kalau baca nobel sekarang tarus p ending dia. Hehehe

    ReplyDelete