Saturday, February 7, 2009

Satu Kebetulan

Memang satu kebetulan semasa aku melayari internet ni, ternampak satu gugusan blog orang2 Kota Marudu. Dan tanpa apa2 jangkaan, aku just masuk dan membaca satu persatu. Gembira? Sudah tentu, aku senyum dan ketawa sendiri. Kerana kisah2 yg ditulis amat dekat dgn aku dan aku juga, pernah melaluinya...cuma seperti sudah lama aku berada di luar 'banan'. Hehehe. Even expressions di kampung dulu2 macam hampir lupa...jangan salah faham. Bukan lupa daratan tapi hakikatnya...dulu aku sangat sibuk cuba mengejar impian.Pengalaman mengajar juga supaya jangan terlalu suka 'menyibuk' hal orang lain, makanya aku banyak fokus kepada apa yang mahu aku capai. Perlahan2 aku makin 'jauh'...of course aku balik kg tetapi jadual kerja menghadkan pergerakan keluar. Balik pulak macam tersibuk dgn hal famili sendiri. Itu pun tidak lama. Paling lama seminggu. Siapa aku? Aku lebih suka low-profile. Sebenarnya di luar rumah aku lebih banyak senyum sahaja. Biasanya adik beradik yg lebih tua yg biasa melayan tetamu. Sombong? Tidak juga. Tapi sudah jadi resam keluarga. Anak yg tua dalam keluarga lebih dikenali. Biasanya aku banyak memerhati. Apa pun, lama di luar Kota Marudu, aku tetap mengenang tempat lahirku itu dengan bangga.

2 comments:

  1. :). bah... tulis kisah2 kaun masa di kampung ok. saya ni suka baca kisah2 di kampung dan zaman kecil2. mangkali mula terasa suda ni umur agak buli2 juga heheh.

    ReplyDelete