Sunday, February 8, 2009

Serius dulu sekejap

Ada beberapa blog warga Kota Marudu yang suda aku baca walaupun inda habis semua. Tapi satu perkara yang aku nampak majoriti mahukan perubahan. Sebelum perubahan yng besar2, bermulalah dengan perkara2 yang asas dahulu. Aku ringkaskan pendapat aku ttg ni:

1. Tingkatkan tahap pendidikan warga Kota Marudu. Secara menyeluruh. Maka sekolah-sekolah
di seluruh Kota Marudu mesti melestarikan pembudayaan ilmu di kalangan anak-anak.
Tingkatkan kesedaran untuk menuntut ilmu dan kemahiran. Jumlah warga KM yang sangat
berjaya sudah ada tetapi belum cukup ramai. Hanya melalui ilmu saja dapat mencelikkan akal.

2. Pejabat Daerah Kota Marudu perlu menggiatkan usaha pembangunan daerah terutama yang
berada di bawah bidang autoritinya. Contoh paling mudah - baiki imej pekan Kota Marudu.
Rumput2 yang panjang mesti sentiasa di'trim'. Sampah-sarap sentiasa dibersihkan. Lanskap
Kota Marudu diperelokkan. Mercu tanda Kota Marudu misalnya..cukup ka jagung tu?

3. Mengusahakan tanah sendiri ke tahap yang maksimum. Diharap anak jati KM tidak menjual
tanah/menyewakan kepada PATI. Kekuatan daerah Kota Marudu adalah tanahnya yang
sangat subur. Take advantage of it.

4. Mengubah sikap. Jangan cepat berpuas hati dan cepat penat. Yang bekerja sendiri, jangan
kerja sehari, berehat 5 hari. Anak2 muda yang tiada pekerjaan, rebut peluang untuk pelajari
macam2 kemahiran. Gunakan sepenuhnya agensi kerajaan yang ada di persekitaran

aiseh...itu sajalah. Nanti aku sambung yg serius ni lain kali.

2 comments:

  1. Saya setuju Furen Laoshi.Pokok pangkalnya diri sendiri.Ada pepatah mengatakan bahawa tuhan tidak akan mengubah nasip seseorang kecuali orang itu mau mengubahnya sendiri.ertinya kesedaran itu wajib ada dan ini boleh diperolehi melalui pendidikan.Kata konfusius kalau kita kasi 1 ekor ikan sama 1 orang dia boleh makan 1 kali tapi kalau kita ajar dia pancing ikan dia boleh makan berkali-kali selama-lama selagi dia mau memancing lah.

    ReplyDelete
  2. Ngam tu Kyro!Cakap urang putih "the remarkable thing is we have a choice everyday regarding the attitude we will embrace for that day. We cannot change our past...The only thing we can do is play on the string we have, and that is our attitude..."

    ReplyDelete