Saturday, February 7, 2009

Hilang kerja

Hari ni kami berkursus sampai petang. Pening kepala tapi stay juga. Bila habis sambil makan aku bersembang dengan kawan2. Alamak minggu ni memang 'KK jalan terus'. Besok pun kursus dan lusa sampai Jumaat depan kerja la macam biasa. Tapi bila difikirkan balik, kita ini masih bertuah. Di Amerika, dalam bulan Januari sahaja sudah 598 000 orang yang sudah dibuang kerja. Ekonomi dunia meleset teruk, lebih teruk daripada The Great Depression 1930. Entah kenapa aku pula yang risau mendengar ramai orang dibuang kerja. Entah orang kampung di Kota Marudu bagaimana pulak? Teringat dalam tahun 1970an, orang-orang bukit(gelaran yang aku biasa dengar zaman budak2 dulu) akan turun beramai-ramai ke Tandik pada satu masa tertentu. Mereka (satu keluarga) akan mencari kerja dengan cara bertanya kepada orang2 tertentu (yang dianggap berduit) dan bekerja la dengan tuan tanah tu selama sebulan (paling kurang). Bila dapat duit gaji, mereka akan membeli beras, ikan sadin (makanan mewah time tu), kain sarung cap kelapa, baju, gincu yang warnanya merah menyala dan macam2 lagi. Bekas gincunya berwarna kuning keemasan. Seronok tau tengok perempuan2 muda mereka pasang badan. Di pipi kiri kanan disapu sedikit gincu itu menjadi pemerah pipi dan dibentuk ala-ala bulan penuh gitu. Aku suka berkawan dengan anak-anak mereka. Sikap mereka polos dan cepat 'hairan' tentang apa sahaja. Yang tidak boleh dilupa salah seorang mereka, aku pernah tolong sikat rambut. Katanya gatal kepala. Sekali 'swing' sisir rapat tu, berterabur kutu rambut, penuh satu meja. Apa lagi....seronok bukan kepalang, bukannya geli, kami berebut-rebut picit kutu tu dengan kuku. Berbunyilah 'pitt' ..alahai. Mengenang kembali, aku berharap mereka yang tinggal di perbukitan sudah lebih baik keadaan sosioekonominya. Itulah ada masanya apabila sedang bekerja, kekadang aku pergi ke satu tempat yang pada masa dahulu tidak pernah terlintas aku akan pergi, terbayang balik sawah dan lumpur, aku tahu ianya pengalaman yang sangat berharga.

6 comments:

  1. wow... best ni cerita hahahaha. terutama tu gincu. aku perasan juga tu cara bermekap dorang. orang bukit ni very pure, innocent... tp yg dulu2 la, yg belum terexposed dgn mcm2 benda. kawan rapat aku dulu namanya si morubin. bapa dia si a'al. samapai bapa cakap aku ni kununnya anak si a'al. pernah lagi aku ikut si morubin tidur di sulap dia. selalu aku kena olok ikut makan bosing hehehe.

    ReplyDelete
  2. sensei..dulu di tingkalanon..mimang banyak butul bosing..burung bubut pun banyak..banyak kali juga kami pigi pangang tu..ketua kami si marzuki@ so'ong..sikarang langsung inda nampak suda binatang2 ni..suara wodit pun susah mau dangar...

    ReplyDelete
  3. alalalala... illie, kamurang dorang si soong pula kasi habis tu bosing2 sana pula ooo hehe. wei, sana gipun ada bosing ka? lain kali spesis dia tu arr. ko inda tarai pasang sibol sana.

    ReplyDelete
  4. aiso..sini jipun inda bulih sambarangan tangkap binatang ooo..ada bah 1 tampat sini di NARA..payau jalan2 sija di tampat awam..dalam hati sia..kalu ini di tandek..mimang kenduri payau lah diurang..hahaha

    ReplyDelete
  5. Illie, aiso...bukan bosing bah kalau kami tapi karuak, ada musim mamukat burung punai sama tu tekukur. Dulu2 anak2 di kampung masing-masing ada lastik. Pakai baladar basikal. Onuo nopo lo pampang jadi peluru.

    ReplyDelete
  6. koruak pun paranah juga tu..di tinda banyak koruak..

    ReplyDelete