Wednesday, April 1, 2009

Terkenang Sahabat Lama

Semasa di bangku sekolah, kita biasanya mempunyai sekurang-kurangnya seorang sahabat karib. Saya bertuah kerana di tempat kerja juga saya punya sahabat rapat. Malam ini tiba2 saya teringat kawan saya tu.Dia seorang yang pendiam, tidak banyak bercakap, lemah lembut dan memahami orang lain walaupun dia sendiri kadang2 banyak memendam perasaan. Yang uniknya persahabatan kami, kami tidak banyak bercakap antara satu sama lain walaupun banyak tugas/kerja kami siapkan bersama-sama. Terkenang dia, saya berasa bersyukur pernah bersahabat dengan dia. Dia sudah pun berpindah semula ke semenanjung.

Yang menyebabkan saya sentiasa mengingati dia, pada masa saya melalui saat-saat paling sukar di tempat kerja, dia mungkin (?) sangat memahami keadaan saya. Saya tidak pasti 100% sebab kami tidak banyak berbual. Tetapi apabila saya rasa rungsing, dia tiba-tiba ada di sebelah saya. Ada satu ketika, yang lucunya kami pernah duduk sebelah menyebelah sambil memantau persiapan program kami, hanya beberapa patah yang kami cakap..selebihnya hampir sejam masing2 duduk diam melayan fikiran sendiri. Jangan salah sangka ya..ini sahabat karib sama jantina!!! Saya berharap di mana pun dia, dia akan bahagia bersama keluarga. Saya pasti dia tentu teringatkan saya juga pada masa ini.

3 comments:

  1. kalu saya la.. saya amat menitik beratkan persahabatan (kawan karib) bagi saya sahabat adala segala2nya di samping keluarga walaupun level tu ada tinggi rendahnya... tapi bukan utk kawan yg makan kawan.. he he..

    ReplyDelete
  2. Kalau mimang betul best fren, lama tdk bercakap pun mcm byk cerita juga. Ada ni istilah telepathy dia bilang kan, ada betul juga ni barang ni. Tidak byk bercakap tapi berkomunikasi melalui pikiran sja. Hehe...

    ReplyDelete
  3. Rozan,
    Ngam tu..kawan makan kawan ni bagus kasi delete saja tapi jangan benci dia 100% la sebab dia tetap ada peranan > kerana jumpa org begini, kita belajar menilai siapa kawan sebenar kita.

    Ison,
    best ada kawan begini. You were being comforted dgn hanya berada di sebelah dia sahaja. Kelemahan saya, bila ada orang bercerita atau bercakap, saya banyak mendengar dan 'lupa' bertanya balik. Pasal itula brgkali orang lain jarang mengumpat org lain bila sama saya (di luar) sebab saya dengar saja. Tapi kalau rapat sikit lagi..oke juga bah saya ni (mikirayou tih). Hahaha

    ReplyDelete