Thursday, April 23, 2009

KENANGAN SEINDAH BENGKOK

Mula-mula mikimaap oku poh..kalau2 ada yg sensitif sama perkataan bengkok ni, tapi saya cuma berniat mahu meluahkan perasaan (aduih...jiwang ni)..ada beberapa hari saya teda sempat membaca blog kawan2, kemarin saya buka rupa2nya riuh rendah sudah pasal konspirasi jalan lurus tapi bengkok. Gembira saya mendengar jalanraya di sekitar kampung2 di Kota Marudu bakal menjadi ralan dot otulid, kalaulah mimpi jadi kenyataan, saya bersyukur kepada Tuhan.

Walaupun begitu, dalam diam2 mencongak-congak juga kepala saya. Saya terkenang jalan lama dari Tandik Ke Kota Marudu. Sekarang jalan tinggi (highway) yang lurus itu bulih tarus ke Pitas, best jugalah tetapi setiap kali saya melalui jalan baru itu, saya tetap merasa kehilangan sesuatu. Pikir punya pikir, saya tau saya teda lagi limpas depan rumah si Ah Siong (hmm...mana suda beliau itu ah??Langsung sia teda tau apa2 ttg dia lagi), teda lagi limpas depan SK Tandik, tapak lama kedai2 dan Tamu Tandik dulu2 sudah jadi belukar kecil barangkali aa?? Rupanya kenangan lama saya di sepanjang jalan kenangan itu sudah betul2 menjadi kenangan yg usang. Wajah lama sudah bertukar wajah baru..kadang2 terbit rasa mahu menatap 'wajah2' lama.

Itu cuma RASA saja!!!Kenyataannya...kita mesti berubah. Tandik teda boleh jadi 'lonely planet' selama-lamanya.Satu hari nanti seiring dengan pembangunanan infrastruktur, mudah2an Tandik akan berubah menjadi suburban yang maju. Penduduknya dapat mencari rezeki tanpa perlu meninggalkan kampung.Satu hari nanti.....

Friday, April 17, 2009

Jenayah Hati I

Kesibukan yang tiada henti merupakan halangan2 kecil untuk saya kerap menulis di blog ini. Bukan macam awal2 dulu..masa kebaru-baruan membuka blog. Walau bagaimanapun, persahabatan yg unik di alam maya ini sentiasa menggamit rasa saya untuk datang melihat-lihat blog rakan2 yg sempat saya buka. Cerita tentang cinta memang tidak pernah membosankan. Saya tidak berkeinginan untuk menyentuh isu-isu politik yg semakin memualkan buat masa ini. Entri Dr Nelson tentang cinta sejati membuat saya ingin mengusik rakan2, kalau la boleh saya ajak anda membuat pengakuan...., tapi kalau pengakuan jujur boleh menggegarkan lantai rumah anda, diam-diam sajalah.

Kehidupan berumah tangga ini memang banyak cabaran dan dugaan, selain kejutan demi kejutan setelah mengenali rona warna sebenar peribadi pasangan masing-masing-yang malangnya banyak yg indah khabar dari rupa,satu (dalam beribu) faktor yg boleh menghakis perasaan kasih sayang itu ialah 'kesunyian' yang terbit akibat kesibukan kerja.

Terlalu sibuk sehingga apabila kita balik ke rumah, kita sudah tidak bermaya untuk tersenyum mesra, membelai pasangan, mendengar cerita, menatap dan merenung wajahnya. Sejujurnya, berapa ramai di antara kita yang konsisten sempat menatap wajah pasangan masing-masing lebih 5 minit setiap hari? Saya sendiri saya akui saya tidak sempat berbuat begitu setiap hari. Itu belum ambilkira yang keluar outstation kecuali ada 3G la. Saya tiada.Tanpa kerelaan dan tanpa disedari, hati masing-masing sedikit demi sedikit menjauh dan mula wujud ruang yg pandai melebar.

Akibat kurang komunikasi masing2 rasa terabai. Ironinya di luar rumah, di tempat kerja kita sempat malah setiap hari bercakap dengan rakan sekerja, berkongsi cerita dan ketawa bersama malah sempat makan-makan atau minum kopi bersama..hahaha..tiap-tiap hari..makin lama makin rapat, jadi rutin. Teman tapi mesra. Bagi sesetengah orang, hal-hal begini tidak la memberikan impak yang luarbiasa tapi sedikit sebanyak, ada growing fondness between each other. Ada yg makin lama makin rapat...nah..itu la yang si MELATI marah besar tu ...(mana sudah dia?)

Bukankah dalam diam2 itu boleh kitakan semacam satu 'jenayah hati'? Tolong jangan pula tanya apa-apa akta tentang ini...alahai, kesian la pasangan kita yang 'terbiar' sendiri-sendiri tu. Keadaan ini berlaku bukan hanya pada lelaki sahaja, wanita juga tau...bahaya bahaya.....ok, berhenti dulu di sini. Kalau ada masa, saya akan sambung lagi.

Tuesday, April 7, 2009

Bisnes 'Orang Mati`

Saya :“ Mana sudah si jira?”
Palo :“Ada di rumah”
Saya : “Apa karaja dia sekarang?Masih jaga anak urang?”
Palo: “Inda suda ..di rumah saja..baranti sudah dia.”
Saya :” Kanapa? Dia takut kana tangkap ka?”
Palo: ”Tida, dia malas mau karja. Si jira ada sudah surat beranak...”
Saya : ” Hah? Macamana? Dia balik Indon ka urus?..”
Palo : ”Tida..mama dia bili surat beranak anak orang”
Saya : ” Mmm..di mana diaurang dapat?”
Palo: ” Ada saudara mama si jira kanal orang di KK. Orang itu ada saudara, tapi dia
pilipin la, kawin sama orang tampatan. Surat beranak tu anak dia punya
yang suda mati, lahir sama tahun sama si jira...”
Saya: ” Hah?!! ada juga ka...(kerut-kerut kening)”
Palo : ”Dia bili mahal...tapi pasal mama dia takut si jira kana tangkap, terpaksa
la..”
Saya: ” Barani juga aa...jadi sapa nama dia sakarang..?”
Palo : ” ****** ” (lupa la sia)

• Catatan penulis:
• Aktiviti jual beli surat beranak orang tempatan kepada pendatang asing ni memang perkara biasa. Dalam kes di atas, Palo ni berbangsa Timur, saya pun tidak faham macamana dia bersaudara (mama si jira tu makcik dia ka dialo oboh) dengan orang Filipina tu..malas saya menyiasat lebih2..belum pas CSI lagi ni saya. Cuma, bayangkan la rakyat tempatan sendiri bebas berurusniaga surat beranak orang yang sudah mati. Jadi jangan heran la, muka tu muka Om tapi bangsa Dusun/Bajau atau apa2 saja la yang tempatan.
• Mengikut peraturan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia, kelahiran wajib/mestilah didaftarkan dalam tempoh 42 hari. Selepas 42 hari sudah dikira pendaftaran lewat. Manakala kematian pula mestilah didaftarkan dalam tempoh 24 jam. Sila rujuk di bawah:
• Apakah prosedur yang perlu dilakukan untuk mendaftar kematian (daftar biasa kematian )?

Anda dikehendaki datang ke kaunter JPN dan membawa dokumen sokongan iaitu:
1. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri si mati yang asal
2. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemaklum
3. Dokumen bukti kematian seperti permit perkuburan
4. Perakuan oleh Pengamal Perubatan mengenai sebab-sebab kematian [Borang JPN.LM09 atau JPN.LM10 (Post Mortem)]
• Berapakah bayaran yang perlu dilakukan?

Bayaran permohonan adalah percuma.
• Dengar2 cerita- Kota Marudu antara daerah yang mempunyai bilangan pendatang yang ramai. Betulkah????

Thursday, April 2, 2009

April Fool Yang Membawa 'Bencana'

Saya tidak ingat tahun 1987 ka 1988..kami di asrama. Darah muda semua bah konon. 1 April mimang macam satu tarikh penting. Tarikh yang menguji ke`kool'an seseorang. Memang la tepengaruh budaya baratla istilahnya. Tapi saya betul2 tidak menyangka keaprilfoolan students di asrama kami tu sampai tahap cipan ka di malayu. Rupanya malam 31 Mac tu ada satu 'misi' yang besar ala-ala serangan komando. Dipendekkan cerita, insan tadau yang bertarikh 1 April, awal-awal pagi lagi suasana sepi asrama tiba2 gegak gempita macam dilanda Taufan Greg. Misteri kehilangan seluar dalam secara besar-besaran di asrama!!! Noliongan do larut/santut..aiseh man..bila kami mau pi sarapan di dewan makan..bergentayangan seluar dalam dari pintu pagar aspuri sampai merangkap kawasan dewan (panjang bah pula tu tali) sampai2 ke aspura!!!!
Inilah kes april fool yang malampau.Dikasi pendek lagi cerita, semua pelajar asrama kana kumpul oleh warden, kena denda lagi tapi yang malang sekali, teda sapa barani mengutip seluar dalam yang beratus2 lemon tu di luar, malu baitu lagi2 yang berkapel..hahaha...dengar cerita ada pljr yg terpaksa membeli seluar dalam baru gara2 tejemur semua koleksi santutnya...itu la..main2 juga tapi jan la talabih ka di stacy..nasib baik saya punya teda terlibat!!

Wednesday, April 1, 2009

Terkenang Sahabat Lama

Semasa di bangku sekolah, kita biasanya mempunyai sekurang-kurangnya seorang sahabat karib. Saya bertuah kerana di tempat kerja juga saya punya sahabat rapat. Malam ini tiba2 saya teringat kawan saya tu.Dia seorang yang pendiam, tidak banyak bercakap, lemah lembut dan memahami orang lain walaupun dia sendiri kadang2 banyak memendam perasaan. Yang uniknya persahabatan kami, kami tidak banyak bercakap antara satu sama lain walaupun banyak tugas/kerja kami siapkan bersama-sama. Terkenang dia, saya berasa bersyukur pernah bersahabat dengan dia. Dia sudah pun berpindah semula ke semenanjung.

Yang menyebabkan saya sentiasa mengingati dia, pada masa saya melalui saat-saat paling sukar di tempat kerja, dia mungkin (?) sangat memahami keadaan saya. Saya tidak pasti 100% sebab kami tidak banyak berbual. Tetapi apabila saya rasa rungsing, dia tiba-tiba ada di sebelah saya. Ada satu ketika, yang lucunya kami pernah duduk sebelah menyebelah sambil memantau persiapan program kami, hanya beberapa patah yang kami cakap..selebihnya hampir sejam masing2 duduk diam melayan fikiran sendiri. Jangan salah sangka ya..ini sahabat karib sama jantina!!! Saya berharap di mana pun dia, dia akan bahagia bersama keluarga. Saya pasti dia tentu teringatkan saya juga pada masa ini.

Saturday, March 21, 2009

Fungsi Majlis Daerah - Kota Marudu?

Saya terbaca entri si Tulun Kimaragang..walaupun ditulis dlm bahasa momogun kita, sa yakin sa faham sepenuhnya apa yg disampaikan olehnya. Bikin gerigitan pula kan persoalan sepa yg patut mangalanji Pekan Tandik dan Kota Marudu secara umumnya. Setakat yg sa baca kita semua pinpoint terus sama YB la sbb dia ada kuasa untuk bagi arahan. YB kalau rajin menegur misti orang mau hormat cakap dia. Tapi tidakkah kita terfikir siapa sepatutnya yang melaksanakan arahan itu? Inda kan YB sendiri pigi putung rumput? (Tapi kalau YB mau, bagus juga tuh!!!) Soalan2 yg bertubi2 ditulis oleh Tulun Kimaragang sebenarnya bagus untuk brainstorming. Apa kata kita baca FUNGSI MAJLIS DAERAH yang saya perolehi untuk dibaca:

Fungsi Majlis Daerah (Pejabat Daerah la)

Melesenkan dan mengawal pelbagai jenis perniagaan dan penjaja.
Mengadakan perkhidmatan kebersihan bandar dan menyediakan perkhidmatan pembuangan sampah-sarap, pembersihan longkang, parit dan jalanraya.

S - SAMPAH
3L - LONGKANG, LAMPU dan LANSKAP
R - RUMPUT
J - JALANRAYA

Memberi perkhidmatan kesihatan, kawalan makanan, kebersihan pusat jualan makanan dan pengawalan penyakit berjangkit.

Membina dan menyelenggara jalanraya, sistem perparitan dan saliran.

Menyediakan kemudahan-kemudahan awam seperti Pasar Awam, Gerai, Medan Tamu, Dewan Masyarakat, Padang Bola, Perhentian Bas dan Perhentian Teksi.

Menyedia dan mempertingkatkan kemudahan-kemudahan asas dan menggalakkan kegiatan ekonomi yang berdaya maju.

Mengindahkan bandar dengan menanam serta memelihara pokok-pokok bunga dengan lanskap yang menarik.

Menyediakan kemudahan infrastruktur, taman permainan kanak-kanak dan taman rekreasi.

Memungut cukai-cukai pintu rumah di kawasan perkadaran.

Mengurus sistem trafik dan penamaan Taman-Taman dan Jalan-Jalanraya.

Menguatkuasakan undang-undang Kuasa Tempatan.

Menyediakan kaunter kutipan Hasil.


Lebih kurang begitu la fungsi. Tapi saya minta maaf dulu kio...itu hari sa (dua tahun lalu) pigi Pejabat Daerah, staf dia (bukan semua la) sanaaaa di kantin, rehat punya lama...siap main gitar lagi tu. Yg sa nampak ramai juga org kg di sana menunggu. Tapi beberapa urang tu lepak2 pula di kantin. Memang slow and steady. Kerana lama menunggu, kami secara polite pigi kantin, minta tulung diaorg balik ke opis. Ogumu keke'e.

Friday, March 13, 2009

Soulmate atau Sekadar Housemate?

Seperti ramai orang di dunia ini, biasa la kalau kita jatuh suka pada seseorang,mungkin beberapa kali sepanjang hidup. Saya juga tidak terkecuali. Barangkali itulah yang dinamakan ‘crushes’. Bermula dari zaman anak2 sehingga tua (tua?!! hehe).

Dulu zaman remaja, kononnya saya ni masuk kategori ‘jual mahal’ selalu. Pride talampau tinggi. Tambahan didikan orang tua barangkali…(tapi rasanya orang momogun ni –sampel ibu bapa sendiri- tidak pandai meluahkan perasaan dgn cara yg betul) Kasih sayang ditunjukkan melalui rasa marah. Contohnya anak (kesayangan la tu) kalau jatuh, misti kena marah..”itu la kau, mana mata kau..buta ka?”. (padahal dlm hati..abislah anak aku ni suda la nda brapa lawa, jatuh lagi) Saya percaya kawan2 juga misti ada pengalaman begitu.

Dulu saya kononnya macam ramai juga secret/open admirers. Pakai tulis surat segala. Ada juga yg saya butul2 suka, tapi saya rasa saya akan tewas teruk kalau saya tunjukkan perasaan suka saya tu (self-centered betul). Saya sanggup bertahan mendiamkan diri, nama suruh saya contact dulu, mimang jauh panggang dari api. (Teruknya) barangkali sebab itu la, banyak kali `bunga-bunga suka(?)’ saya tu berguguran. Kawan2 ckp saya mcm dingin, teda perasaan dan belas kasihan. Tapi saya jarang peduli. Tapi saya akui saya konservatif sedikit. Dlm fikiran saya masa itu, bila serius bercinta misti terus kahwin. Kalau suka bagi saya, misti tunjuk sungguh-sungguh. Action bukan words sahaja. Berhemah, ya..itu moral issue bagi saya. Terlalu mudah bagi saya, adalah satu barang yang tidak bagus. Sebab itu saya fikir saya tidak pernah ’jatuh cinta’ seriously seblm ini.

Tapi setelah berjumpa pasangan hidup, mungkin inilah soulmate saya? Kerana pada saya apabila kita jumpa orang yang tepat..the moment you laid your eyes on him/her, you’ll feel that you can recognize him/her amongst the thousand people around you. Tidak akan silap. Mata adalah jendela hati. Dalam hati la firasat juga ada. Otak memandu kita.

Cinta sejati pada saya.-.kita sentiasa sempat berfikir sebelum melakukan sesuatu tindakan atau bercakap. Apabila bergaduh atau berselisih faham sampai bikin panas pun, kita masih sempat mengenang kebaikannya. Apabila dilanda masalah, kita masih saling menyokong. Kalau pasangan sedang ‘lemah’ dan rapuh, walaupun dlm hati kita sendiri sangat takut dan bimbang, tapi kita akan sembunyikan perasaan itu and put the brave face outside. Senyum kepada pasangan walaupun hati sendiri sedang luluh.

Apabila usia meningkat, muka sudah mula berkedut, we still treasure that wrinkled face, memikirkan setiap garis yang muncul di wajah pasangan kita sebagai satu lagi bukti lorong2 kehidupan yang kita lalui bersama dalam susah dan senang. Ada masanya, apabila kesabaran dan kekaguman kita terhadapnya teruji, kita misti rasional tapi saya seandainya saya diberi pilihan pada siapa saya jatuh cinta lagi, pada saya…sehingga kini saya masih memilih orang yang sama walaupun selepas berbelas tahun bersama segala kelemahan dan kekurangannya saya sudah ketahui. Mata saya tidak dapat mengenali orang lain selain dia walaupun sudah beribu orang yang saya lihat setakat ini.
Pendekata, housemate saya adalah soulmate saya.