Tuesday, May 12, 2009

Betulkah "Silence Is Golden"?

Jika diberi pilihan ketika anda sedang membaca blog, adakah tuan puan semua suka suasana yg sunyi sepi atau hiruk pikuk? Saya punya jawapan, saya teda mau bising2 kalau saya sedang membaca..kalau terpaksa, saya pakai saya punya earphone (ini barulah mikirayou..padahal baru juga berjinak2 sama gadget2 nih)

Tapi ada ketikanya saya mahu suasana yang 'hidup' - ada suara yg bercakap2. Iaitu semasa saya makan di kedai bersama suami. Entah kenapa, saya macam malu kalau saya makan atau minum di kedai kupi, diam2 membisu padahal ada si suami di depan mata.
Bah..kenapa la konon saya ni malu? Kawan2 macamana? Kenapa tidak bah...tau betul la kita ini sudah seasoned..urang pun bilang sanang butul mau kanal pasangan itu suami isteri ka teda. Kalau duduk diam2...satu tingu ke barat, satu tingu ke timur..atau si suami baca surat khabar...basar2 menutup muka dia...si isteri pula makan om mikinam seakan2 terkulat-kulat...silap2 hb ikut membaca front page tu akhbar yang merentang antara dia dan si suami.

Dulu kami pun begitu, satu hari saya 'mengamuk'...saya minta suami saya baca saja suratkhabar di rumah. Teda apa, saya bagi 24 jam baca akhbar kalau di rumah. Saya cakap saya malu. Mana tidak, tercabarnya saya apabila satu hari di restoran, di sebelah kami ada satu pasangan-nda taulah suami isteri ka bukan...bukan main rancak bersembang..walhal KEDUA-DUANYA BISU!!!! Kanapa saya tau bisu...sebab kedua2nya bercerita menggunakan isyarat tangan dan ada juga suara keluar walaupun bunyi "aaa...aaa..aaa.." sahaja.

Saya bilang sama lokung saya..tengoklah diaorang..kita yg sempurna sifat ni..yang ada mulut dan ada suara, boleh berbicara...LEBIH BISU DARIPADA ORANG BISU. Masa tu saya sensitif lebih lagi kerana saya ada montelllll sedikit...ada la inferiority tu sikit. Oh mentang2 begini (dalam hati saya laa) kau mcm malas mo tingu. Org montel ni mau manja2 pun bukannya kiut...macam mau kana tandang ada la. (Dalam hati...inda apa..ko tingu la nanti...) hehehe...marah punya pasal. Tapi..syukurla..cik abg tu faham juga. Nah begitu la..bukan la sampai mcm org bercinta tu..tingu saja org yg sedang hangat bercinta, matahari panas terik pun, jalan bergandingan berpegang tangan. Esehhh...tapi ini teda boleh seloroh la, kasian..bagi la chance...hahaha..jadi pada suami isteri tu, berbual-buallah sesama sendiri di meja makan. Ada masanya masalah yang besar dapat diselesaikan ketika makan walaupun ada pakar motivasi tidak suruh berbincang hal2 serius masa makan. Tapi kalau cuma boleh duduk bersama makan saja sbb telampau sibuk ih bo'os...nah..ambil saja peluang itu. Oke.

4 comments:

  1. Makin siuk pula mau berkunjung ke sini..hehe.. mau belajar dulu dari kakak2/abang2 yg lbh byk makan garam bah...bila baca cerita ini, rupa2nya memang 'normal' bah pula kalau wanita bersikap terlalu peka dan mudah sensitif terhadap sikap 'tidak memuaskan hati' yg ditunjukkan oleh pasangan. Kalau sya la yg dibiarkan membisu sorang2 dan lepas tu pula perhatian pasangan lebih tertumpu kpd benda lain...nahh...bukan sekadar mengamuk...barabis manangiss lagi...malu + rasa tidak dihargai + tidak penting + tiada guna...dll...adeeh.. tapi nasib baik, ada gisom jugalah..haha

    ReplyDelete
  2. ai..bikin lamas itu furen kalau membatu saja.
    Tapi kan kalau saya, saya lebih tenang kalau sendiri2. Tapi adakalanya mau juga libur2 sikit. nanti mati itu jiwa ba kalau diam saja..hehehe

    ReplyDelete
  3. Saya mempunyai pandangan sendiri dengan sikap berdiam. Saya sebenarnya seorang lelaki yang pendiam tidak kira di rumah atau di luar rumah. KEtika sedang santai2 dengan keluarga juga saya seorang pendiam. Dalam keadaan tertentu saya langsung tidak kelihatan seperti pendiam itupun dalam waktu2 yang tersendiri. Di dalam situasi begini, saya sendiri tidak bermaksud menggagalkan komunikasi. Mungkin dengan cara berbeza tapi tetap mengupayakan komunikasi. Sekali saya berbicara dengan seseorang, saya melihat itu satu level yg terpelihara dalam beberapa waktu sehingga wujud keperluan untuk berbicara khusus. Berbicara khusus dan berbicara santai, atau sekadar bahasa badan (mungkin hanya dengan senyuman, mungkin dengan hanya memeluk bahu dsb) adalah perkara yang dapat mengatur/mengharmonikan keperluan emosi pasangan... Di dalam kemelult akibat 'kegagalan' memahami situasi pasangan... mungkin berdiam satu cara. Sementara berdiam, bicara santai atau sekadar bahasa badan itu juga satu bentuk komunikasi. Ada pasangan mengabaikan perantara begini sehingga menganggap ia satu mainan atau sindiran. Bagi saya tidak perlu berbicara khusus baru boleh memahami pasangan...

    Saya tidak melihat 'kegagalan' mengangkat suasana pasangan di tempat awam (sebagai contoh sekali lagi berdiam hehe) sebagai satu bentuk kemorosotan perhatian sesama sendiri. itu 'nature' yang bagi saya boleh sahaja membahasakan keadaan itu sebagai keserasian yang tidak mengusarkan apa-apa. Tidak perlu rasa terganggu.. atau usah menjangka-jangka kerana kita diterjah emosi yang sedikit meluap-luap.

    Melainkan kita berdiam.. seorang memandang kiri seorang memandang kanan, tiada senyuman, tiada lirik mata kepada pasangan, emosi yang tidak mesra.. saya katakan keadaan ini perlu diusahakan agar tidak melukakan pasangan.

    selebihnya, saya tidak suka berkompromi dengan perasaan yang berkira-kira untuk mau timbul dalam minda. kita akan dipermainkan oleh emosi sendiri. Risikonya ialah runtunan pertanyaan naluri yang tidak perlu sehingga tidak sedar mempertikaikan pasangan....

    ini pandangan peribadi... jika tidak bersetuju atau bertentangan dengan naluri wanita, saya minta maaf.. Saya kira 'setting' kemanusiaan di sebalik komen saya ini tidak begitu menyukarkan... heheh mungkin ada yg mau memperbetulkan saya. Saya dengan ikhlas mahu belajar dari kalian...

    ReplyDelete
  4. Hehe... furen. turus anaru tu komen si LM naajangan kau.

    Saya tidak mau komen banyak la. masing2 ada keperibadian sendiri. so, masing2 pasangan kena berusaha untuk saling memahami dan sekali/a tu kena kompromi dgn sikap/keperibadian pasangan la.

    tak boleh la keinginan sndri ja yang dituruti atau siuk dgn dunia sndri ja. silik2 juga keperluan/situasi pasangan.

    inilah uniknya manusia ni; tak kira lelaki/perempuan. ;)

    ReplyDelete