Friday, March 13, 2009

Soulmate atau Sekadar Housemate?

Seperti ramai orang di dunia ini, biasa la kalau kita jatuh suka pada seseorang,mungkin beberapa kali sepanjang hidup. Saya juga tidak terkecuali. Barangkali itulah yang dinamakan ‘crushes’. Bermula dari zaman anak2 sehingga tua (tua?!! hehe).

Dulu zaman remaja, kononnya saya ni masuk kategori ‘jual mahal’ selalu. Pride talampau tinggi. Tambahan didikan orang tua barangkali…(tapi rasanya orang momogun ni –sampel ibu bapa sendiri- tidak pandai meluahkan perasaan dgn cara yg betul) Kasih sayang ditunjukkan melalui rasa marah. Contohnya anak (kesayangan la tu) kalau jatuh, misti kena marah..”itu la kau, mana mata kau..buta ka?”. (padahal dlm hati..abislah anak aku ni suda la nda brapa lawa, jatuh lagi) Saya percaya kawan2 juga misti ada pengalaman begitu.

Dulu saya kononnya macam ramai juga secret/open admirers. Pakai tulis surat segala. Ada juga yg saya butul2 suka, tapi saya rasa saya akan tewas teruk kalau saya tunjukkan perasaan suka saya tu (self-centered betul). Saya sanggup bertahan mendiamkan diri, nama suruh saya contact dulu, mimang jauh panggang dari api. (Teruknya) barangkali sebab itu la, banyak kali `bunga-bunga suka(?)’ saya tu berguguran. Kawan2 ckp saya mcm dingin, teda perasaan dan belas kasihan. Tapi saya jarang peduli. Tapi saya akui saya konservatif sedikit. Dlm fikiran saya masa itu, bila serius bercinta misti terus kahwin. Kalau suka bagi saya, misti tunjuk sungguh-sungguh. Action bukan words sahaja. Berhemah, ya..itu moral issue bagi saya. Terlalu mudah bagi saya, adalah satu barang yang tidak bagus. Sebab itu saya fikir saya tidak pernah ’jatuh cinta’ seriously seblm ini.

Tapi setelah berjumpa pasangan hidup, mungkin inilah soulmate saya? Kerana pada saya apabila kita jumpa orang yang tepat..the moment you laid your eyes on him/her, you’ll feel that you can recognize him/her amongst the thousand people around you. Tidak akan silap. Mata adalah jendela hati. Dalam hati la firasat juga ada. Otak memandu kita.

Cinta sejati pada saya.-.kita sentiasa sempat berfikir sebelum melakukan sesuatu tindakan atau bercakap. Apabila bergaduh atau berselisih faham sampai bikin panas pun, kita masih sempat mengenang kebaikannya. Apabila dilanda masalah, kita masih saling menyokong. Kalau pasangan sedang ‘lemah’ dan rapuh, walaupun dlm hati kita sendiri sangat takut dan bimbang, tapi kita akan sembunyikan perasaan itu and put the brave face outside. Senyum kepada pasangan walaupun hati sendiri sedang luluh.

Apabila usia meningkat, muka sudah mula berkedut, we still treasure that wrinkled face, memikirkan setiap garis yang muncul di wajah pasangan kita sebagai satu lagi bukti lorong2 kehidupan yang kita lalui bersama dalam susah dan senang. Ada masanya, apabila kesabaran dan kekaguman kita terhadapnya teruji, kita misti rasional tapi saya seandainya saya diberi pilihan pada siapa saya jatuh cinta lagi, pada saya…sehingga kini saya masih memilih orang yang sama walaupun selepas berbelas tahun bersama segala kelemahan dan kekurangannya saya sudah ketahui. Mata saya tidak dapat mengenali orang lain selain dia walaupun sudah beribu orang yang saya lihat setakat ini.
Pendekata, housemate saya adalah soulmate saya.

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. oooooh bule kau ni Furen...!! saya rasa tida bole oooh klu saya, ada 2-3 yg saya tejumpa terlintas juga di fikiran (nasib tida sangkut) dan d hati saya cakap jgn atau kalu ada saingan tu terutamanya kawan2 biar la d orang dulu jadikan la saya pilihan yg terakhir..!! (klu ada jodoh tak kemana)itu yg di fikiran saya...!! selalunya bila ada tambahan tu selalunya kita sendiri yg cari bah tu kan ('so' sendiri fikir la)..

    ReplyDelete
  3. Rozan,
    hehe..itu normal baitu Rozan..sebab itu, saya mentioned 'beberapa kali' sepanjang hidup. Takdir hidup setiap manusia berbeza2. Cabaran alam perkahwinan ...aii, memang banyak..zaman sekarang bukan hanya lelaki sahaja yg nampak kreatif dlm bab 'tambahan' ni..tapi wanita pun sudah mula ada...itu yg kena FIKIR baik2 tu..hehe..manusia ni memang ada kecenderungan kpd perkara yg misteri dan rahsia..teda heran bila sudah lama hidup bersama, tiada lagi rahsia maka rasa tiada lagi yang istimewa. Bgmpun bukan semua....manusia kan berbeza2..apa pun, kita hormati saja privacy org lain...ngam ka?

    ReplyDelete
  4. Hee... ngam kau punya cerita ni Furen. Misoosombol silod KW bo ki. Waro po payat dit 'Cinta Yang Sejati' diri, nga palan2 oku manambung. Mimintungangis po. Hee...

    ReplyDelete
  5. Pasangan yang 'cantik' adalah pasangan yang bertahan dalam ikrar dan sumpah perkahwinan.. Mata melihat memberikan skop luas yang tidak terjangkau dan tidak terkawal. Hati kita menentukannya.

    Bagi saya bertahan la kepada cinta yang telah anda yakini. Perkukuhkan kesabaran dan tabah antara satu sama lain. Alangkah cantiknya kehidupan begini sekalipun lidah tergigit...

    ReplyDelete
  6. Ison,
    ..cerita ko bagi sia idea..bah sombungan boh ih payat nu..jujurnya kamurang bercerita, buat sia pun mau kongsi corita sia yg teda seberapa nih.

    Mike,
    Setakat ini, masih lagi bertahan dan harap2 sampai hujung nyawa..hahaha (serius ni).

    ReplyDelete