Wednesday, March 11, 2009

Mesti ada tu...takkan tiada...YB!

Berkongsi rasa dan resah...itulah tanggapan saya setiap kali berpeluang membaca blog kawan2 di alam maya ni. Paling mengusik hati kecil saya ialah tentang persoalan akauntabiliti dan kredibiliti YB Dr Maximus.
Secara peribadi saya berpendapat, apabila PBS sudah berada dlm BN, grab this opportunity to perform SEPENUHNYA. To the fullest level of performance. Tidak payah fikir yang lain. Ibarat sang kekasih yang akhirnya berkahwin dengan pilihan hati, TOLONG jangan asyik merindu yang lain. What is in your hand right now? Prioriti geng.
Suka tidak suka, YB sudah menang melalui pilihanraya. Apabila saya fikirkan semula, dalam apa pun keadaan, saya memilih untuk fokus kepada my one and only point :selepas ini, apa yang patut dilakukan oleh seorang yang terpilih itu..the chosen one? Sudahkah beliau merancang? Ahh..mustahil belum. Tuan sudah menang. Sudah menang, maknanya sebelum ini sudah cemerlang merancang. Lepas menang, membangun. Mana mungkin tidak merancang untuk membangun. Jangan underestimate YB kita. Kita sendiri pilih tau.....(senyum sendiri...saya orangnya selalunya tersenyum saja di luar). Blue ocean please! (Tuan Tony Fernandes, CEO Air Asia terkenal menggunakan strategi Blue Ocean)
Bukan mahu mengajar sesiapa, tapi ini doa saya - mudah2an YB Max ada perancangan strategik yang ampuh untuk pembangunan Kota Marudu. Supaya tidak 'terlepas pandang' -pasti ada taktikal plan dan operational plan. Mustahil YB Max tidak mengerahkan pasukannya untuk buat SWOT Analysis, cari 'hot spot' KM, kaji current issues dalam setiap aspek dan set target. Takkanlah tiada pembentangan kepada ketua2 kampung. Barangkali ada bah kan? Boleh tanya diaoranglahkan. Matlamat yang hendak dicapai, mesti dikongsi dan dipropagandakan setiap hari. Doktrinisasi supaya tidak lupa, bila lupa..problem. Takkan tiada salinan blueprint bagi sama mana2 wakil pemimpin di KM? Mesti ada tu..By the way, apa Visi Kota Marudu dalam masa lima tahun, 10 tahun? Saya ni memang ketinggalan...minta bantuan bg tahu, sebab dari Visi dan Misi..kita akan tahulah hala tuju YB bawa kita kemana. Kalau di Korea Utara, setiap rumah rakyatnya dipasang radio dan tv yang menyiarkan propaganda kerajaan - setiap hari mesti pasang dan dengar.Ingat, tidak BOLEH lupa. Lupa jadi dosa besar. Wah..itu sudah lebih.
Matlamat sudah tentulah MESTI realistik, bila realistik, pasti ada langkah-langkah dan kaedah yang REALISTIK untuk mencapai dan merealisasikannya. Maaf tuan, saya tahu semua ini dalam tangan tuan. Finger tips beb!
Tapi orang kerdil seperti Furen ni, ingin tahu tuan. Apa kata, YB Max (orang kanan dia mana?) buatlah satu blog mcm kawan2 Kota Marudu ni (tapi saya punya ni terlampau simple) reasoning your action sir! Don't let your people questioning you (like I did now) and worst to come worst, accusing you neglecting your own people...(jahatnya ...hahaha) jika perancangan tuan tidak dapat dibukukan dan diedarkan kepada orang2 kampung, just let us know your planning melalui dunia tanpa sempadan ini. Don't mean to brag, but sir, let the world knows what your did to Our Sacred Kota Marudu....ishhh...sudahlah. Macam serius sudah ni Mike..saya tidak ingin hati dan kepala orang explode bila masuk dan baca blog ni.
Just kongsi something from MIKE TODD.
"I've never been poor, only broke. Being poor is a frame of mind. Being broke is only a temporary situation."
Atau Malayunya: "Saya tidak pernah miskin cuma tidak mempunyai wang. Untuk menjadi miskin adalah satu bentuk pemikiran. Untuk tidak mempunyai wang, ia cuma satu keadaan yang sementara sifatnya" Adios...Furen kena sambung kerja yg memeras otak lagi lepas ini.

5 comments:

  1. Saya sokong cadangan Furen.Yb kena jawap semua persoalan yang ditimbulkan rakyat Tandek khasnya yang telah terlalu lama memendam rasa..macam nda lama lagi mau explode sudah tu tau...

    ReplyDelete
  2. Stuju.. biarkan rakyat bertanya dan tidak dijawab.. nanti mcm bom jangka.. Bagus ada satu blog untuk memberikan penjelasan misi dan visi. Black n white apa perancangan, dalam perancangan,sedang dirancang, pencapaian rancangan, cara maintain perancangan...

    Saya juga tidak suka bertanya keras. Sya suka pemimpin yang tahu guna saluran bercakap melalui kerja dan teknologi.. senang kita. Bukan ka itu namanya saling membangun? kalau rakyat asyik bertanya saja, bumi pun bergoncang lama kalau bekumpul sudah dan ramai2 melangkah.. kalau dari belakang Datuk Max bagus.. tapi kalau dari arah bertentangan?

    Bagus entry ko furen. Padat dan manis di baca.

    ReplyDelete
  3. Kyro, Mike dan Ex Starians, saya ada jumpa laman web Dr Max tapi strategic plan beliau yg ada dari 2004-2009. Misi..wah memang panjang. Saya susah mau ingat.Visi dan misi tu mcm cita-citalah. Contoh: Mau jadi apa bila besar kelak anakku? Jadi angkasawan mak! Benchmark? Kurang pasti. Target kurang jelas, lebih baik ada kalau ada statistik. Contohnya kes urusan tanah yg tertunda ada berapa ribu kes?10,000? Dlm masa 5 tahun, berapa peratus mahu kurangkan?100%? Caranya bagaimana? Baiki prestasi perkhidmatan kakitangan di pejabat daerah? Bagaimana baiki...bla bla..panjang ceritanya. Kenalah ada pemantauan - penilaian (capai target?) Jika tidak, langkah pembetulan dibuat...haha..mcm pandai saja saya ni...yalah..dalam diam, begitulah kepala saya berfikir.

    ReplyDelete
  4. Oh ya..satu lagi, laman web Dr Max tu (mungkin ada lain lagi)yang saya baca la, ditulis dlm Bahasa Inggeris sepenuhnya. Ok la..tapi kalau diaorang tulis dalam bahasa yang lebih difahami oleh orang ramai di daerah kita..kan bagus?

    ReplyDelete