Saturday, March 21, 2009

Fungsi Majlis Daerah - Kota Marudu?

Saya terbaca entri si Tulun Kimaragang..walaupun ditulis dlm bahasa momogun kita, sa yakin sa faham sepenuhnya apa yg disampaikan olehnya. Bikin gerigitan pula kan persoalan sepa yg patut mangalanji Pekan Tandik dan Kota Marudu secara umumnya. Setakat yg sa baca kita semua pinpoint terus sama YB la sbb dia ada kuasa untuk bagi arahan. YB kalau rajin menegur misti orang mau hormat cakap dia. Tapi tidakkah kita terfikir siapa sepatutnya yang melaksanakan arahan itu? Inda kan YB sendiri pigi putung rumput? (Tapi kalau YB mau, bagus juga tuh!!!) Soalan2 yg bertubi2 ditulis oleh Tulun Kimaragang sebenarnya bagus untuk brainstorming. Apa kata kita baca FUNGSI MAJLIS DAERAH yang saya perolehi untuk dibaca:

Fungsi Majlis Daerah (Pejabat Daerah la)

Melesenkan dan mengawal pelbagai jenis perniagaan dan penjaja.
Mengadakan perkhidmatan kebersihan bandar dan menyediakan perkhidmatan pembuangan sampah-sarap, pembersihan longkang, parit dan jalanraya.

S - SAMPAH
3L - LONGKANG, LAMPU dan LANSKAP
R - RUMPUT
J - JALANRAYA

Memberi perkhidmatan kesihatan, kawalan makanan, kebersihan pusat jualan makanan dan pengawalan penyakit berjangkit.

Membina dan menyelenggara jalanraya, sistem perparitan dan saliran.

Menyediakan kemudahan-kemudahan awam seperti Pasar Awam, Gerai, Medan Tamu, Dewan Masyarakat, Padang Bola, Perhentian Bas dan Perhentian Teksi.

Menyedia dan mempertingkatkan kemudahan-kemudahan asas dan menggalakkan kegiatan ekonomi yang berdaya maju.

Mengindahkan bandar dengan menanam serta memelihara pokok-pokok bunga dengan lanskap yang menarik.

Menyediakan kemudahan infrastruktur, taman permainan kanak-kanak dan taman rekreasi.

Memungut cukai-cukai pintu rumah di kawasan perkadaran.

Mengurus sistem trafik dan penamaan Taman-Taman dan Jalan-Jalanraya.

Menguatkuasakan undang-undang Kuasa Tempatan.

Menyediakan kaunter kutipan Hasil.


Lebih kurang begitu la fungsi. Tapi saya minta maaf dulu kio...itu hari sa (dua tahun lalu) pigi Pejabat Daerah, staf dia (bukan semua la) sanaaaa di kantin, rehat punya lama...siap main gitar lagi tu. Yg sa nampak ramai juga org kg di sana menunggu. Tapi beberapa urang tu lepak2 pula di kantin. Memang slow and steady. Kerana lama menunggu, kami secara polite pigi kantin, minta tulung diaorg balik ke opis. Ogumu keke'e.

16 comments:

  1. Hi Furen Laoshi, bagus pos ko ni, rasanya cukup tu peruntukan untuk melaksanakan fungsi Majlis Daerah.

    Tapi entah kenapa, KM kita tetap begitu juga. Macam mana mau tarik pelancung? Walaupun KM kaya dengan budaya etnik yang unik dan tempat menarik, jika keadaan tetap begitu, susah kita mahu mempromosi KM sebagai destinasi pelancongan.

    Pasal kakitangan yang lama pigi kantin, saya juga pernah mengalaminya beberapa tahun yang lepas. Para pelanggan sudah ramai menunggu di kaunter, bila saya tanya mereka menjawab, itu orang yang bertugas pigi minum kupi kata mereka.

    Oleh kerana saya juga merasa bosan menunggu, saya pun berkata kepada pelanggan tadi "alasu poh dati it kupi daalo dino, eduduan kow poh" saya bilang. Terbahak-bahak tu pelanggan-pelanggan ketawa.

    Bukan tidak boleh minum kupi bah kan tapi kalau sudah 1 jam menunggu, kupi apa oh yang mereka minum?

    ReplyDelete
  2. Mogoron,
    Betul la...bulih berehat tapi kasi ngam time dialah. Saya pigi Pejabat Daerah draiv kereta sendiri, yg menambang tu mcmana la diaurang? Minta maaf cakap, kalau Majlis Daerah, yang ada autoriti dia punya Pegawai Daerah la.Orang suka ckp "...bukan senang bah kerja tu. Cuba kalau kau sendiri jadi ketua.." Tapi pasal itu la orang2 tertentu saja boleh menyandang jawatan dan memikul amanah tu. Kadang2 kalau fikir2..bukan urang lain yg kasi susah urang kita tp ih tulun tokou ih mongodurun dati ri.Sebab itu saya selalu tulis pasal attitude..sikap diri sendiri. Lagi2 kalau YB..(soriii) jarang2 mau datang.Rajin2 la ba dtg. Management By Walking Around (MBWA)!Jadi bila bos rajin dtg, lain kali dia tiada pun, orang macam rasa dia sentiasa diperhatikan juga. Barangkali mau juga praktik Teori Behaviourisme. Apa tu aa...yg apabila kita biasakan tingkahlaku kita melalui satu rangsangan. Contohnya di Singapura, siapa yg buang sampah.MESTI, tidak pernah terlepas, kena denda dan buat kerja amal. Saya masih ingat lagi masa saya belajar di U, ada satu grup dalam pasukan beruniform kami, kena brainwash oleh coaches kami kerana BERSIKAP ELIT. Teda mau campur sama ahli2 pasukan yg biasa. Natijahnya, grup ELIT ini dikasi markah B sahaja. Yg kami ni walaupun low profile seja..bukan yg dalam position mengarah2..kena kasi A semua. Tindakan coaches kami memang memberikan pengajaran.Sampai sekarang saya tetap ingat ajaran coaches kami tu.

    ReplyDelete
  3. Aso tinganan mari ki furen. Osianan oku no kokito tongo memeleeng mari song gugupu sid pipit mongindad tongo pegawai opongo monginum dot kupi o.

    Nunu i ogumu po dara'ai tongo tulun wokon dot mogiim om elo kumaraja ong amu no tikaraja ya'alo.

    Nokooli oku silod km koniab, bo sagai aso masa daalo monginibak tongo sakot om momuuu dot sampah silod tandek bala'ai, isan silod bandau tu sid natad dot majlis daerah nga amu i opiara daalo babanar. Simbuuti silod tandek biyobo.

    Maalan oku ogu boroson...

    ReplyDelete
  4. kalau majlis daerah tidak dapat menjalankan fungsi mereka dengan baik, siapa yang perlu perkara ini diadukan??...apakah tindakan kita sebagai rakyat??..apakah kita perlu menggantikan tempat mereka untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan??...apakah pihak kerajaan tempatan (kerajaan negeri) yang berkenaan perlu turun padang dengan kerap untuk memastikan hal ini tidak berulang...ataupun dalam hal ini, pemimpin sebagai individu yang menaungi kawasan itu juga turut perlu bertindak mencari jalan penyelesaisn???...inilah suara rakyat dan pemerhati.

    ReplyDelete
  5. Ison,
    Ngammm butul komen ko itu. Intangai pogi ih natad dot Majlis Daerah, orumbong ih mari ilo sakot. Lanskap pun..inda taula..nokotop do sarop dati. Waro ih koruang ku mantad S'jung, minongoi sid Kota Marudu..jalan2 bah..macam berdesing juga telinga saya...apa bulih buat..dia ada point...mad ko omumuluwan oku boh..tiga bandar/pekan yg majoriti tulun tokow...contoh beti..Kota Marudu-Kundasang-Keningau..ogumu sampah - be'ampaian di tanah..macamana inda segan bah...bukan kita nda tau, ada bah sudah urang yg diberi tugas kasi bersih tu. Alanji om oligang boh tulun Kota Marudu..alangkah baiknya kalau persekitarannya pun cantik. Di Bangkok, diaorang di sana butul2 jaga tempat2 pelancongan diaorang. Di temple dia, begitu ramai orang dtg pun masih juga menten.

    ReplyDelete
  6. Dardie,
    Siapa ah?!! Kalau team bola sepak..di Malaysia pun kalau asyik kalah memanjang, dikasi tukar bah coach dia tuh! Mudah2ah di pejabat2 pun kasi upgrade kualiti perkhidmatan. Saya percaya, kita cuma perlu TUKAR BUDAYA KERJA, bukan tukar orang melulu. Ada satu kali saya pulang pegi Kota Marudu, tiba2 ada seorang wanita tua, bulih panggil nenek sudah (tulun tokou) tiba2 mengetuk tingkap cermin kereta saya, saya tingu dia pucat betul sambil mikikip ih longon kasi tunjuk saya surat sakit (dia berubat di Hospital Lotong)..dia bilang minta tulung kasi dia duit RM5.00,aiso si'in panambang muli sid Marak Parak..ela'an boh ong tulun menipu nga hati kecil saya , saya tau dia betul2 terdesak dan ikhlas minta tolong, nanganku takai RM10 (memandangkan sia pun bukan saudagar..hehe)..My point is kalau karaja sambil lewa saja, susah tu. Pandang-pandanglah orang lain pakai mata hati..osian boh org kg.Saya ni kolot sedikit, percaya sama Hukum Karma.

    ReplyDelete
  7. furen laoshi...

    yang pasal majlis daerah tu, memang bikin gerigitan la...

    saya pernah pigi sana mau apply tu trading lesen, suda hantar tu form, tunggu la lepas 2 minggu. lepas tu sya pigi balik sana mau tanya tu status, sekali dia minta itu pembayaran geran tanah & lot kedai lagi kalau berniaga di kedai. actually saya tengok urang lain punya sekali jalan saja terus dapat lesen...

    atau mungkin yang saya apply tu silap tulis, atau kena tulis & apply bagi "PEMBORONG AM" kalau guna enterprise suda 2 kali sya punya application gagal, pastu yang sana kaunter di bawah tu pun macam kerja tia kerja, sikijap ada sikijap hilang, lepas tu tidak kasi terang pula apa lagi dokumen yang mau submit...

    lepas tu hal pembayaran cukai tanah, sya pigi bayar la tu cukai tanah mentua sya sana sebelah pejabat daerah tu... sekali datang teda urang, bisuk datang teda urang, tengahari datang lagi p lunch, datang lagi bisuk, tunggu 1 jam dekat jam 3 baru tu urang balik dari lunch kunun dan buat tu pembayaran, sya tinguk lepas urusan saya terus dia keluar lagi... bukan apalah, sya tinguk yang aman2 dari jauh punya lah kesian menunggu untuk buat appoinment sana, sampai bila la kita punya sistem perkhidmatan ni mau cekap, telus & friendly...

    just my 2 cent...

    ReplyDelete
  8. Ming2elly,
    Sa bersimpati sama masalah ko itu. Sama saja pengalaman kita tu. Cuma saya pasal urusan tanah.Itu hari saya kasi kawan beliau (mama) saya, bilangnya sudah diaorg urus tu tanah. Masalah geran tanah si boliau sbb nama lain di IC sama surat beranak. Sa fikir butullah selasai. Dua tahun sudah! Sekali kami pigi sana, tiada juga staf2 yang lain, ada saturang saja. (Pigi minum kupi P Ramlee mangkali, mengikis dulu tu kuali dati boh, ele'ed babanar. ) Beliau saya berubah sudah muka dia..belum diurus apa2 pun. Sudahlah dia darah tinggi, nodurunan lagi gara2 keciwa. Saya releks saja walaupun dlm hati, Tuhan saja tahu. Staf itu pun tidak tahu mau rujuk macamana, pasal lama sudah. No rujukan pun langsung dia tidak ingat. (Majlis Daerah ni kategori perkhidmatan awam juga-ada istilah Buku SDP (Simpan Dalam Perhatian).Ini khas utk fail yg menunggu jawapan yg dijangka pd satu masa, atau memerlukan tindakan pada masa tertentu. Fail dan tarikh fail patut dikeluarkan utk tindakan dan kpd siapa patut dihantarkan. Bukan kasi perap.Buku SDP ini hendaklah diperiksa setiap hari. Beliau saya fikir sudah konon diuruskan pasal banyak kali sudah turun naik PD. Last2, secara baik,saya menawarkan diri untuk membantu dia mencari no.rujukan kes boliau saya. Dia pun mcm segan brgkali, dia persilakan saya masuk dan hari tu saya PART TIME di PD, saya buka satu BUKU BESAR mcm buku pendaftaran di situ dan saya selak satu per satu..nampak gaya mcm byk kes tersadai ni. Akhirnya jumpa. Kami terus urus di Pejabat Pesuruhjaya Sumpah. Dipendekkan cerita selesai lagi satu step.
    Saya faham betul skrip di pejabat2 begini.." Anu..ada lagi tau itu dokumen nda cukup....." Ala...buatlah bah SENARAI SEMAK..mana lah PIAGAM PELANGGAN..diaorg ni.

    ReplyDelete
  9. Saya sangat berharap urusan tanah di Kota Marudu khususnya diberi perhatian yg serius. YB Max arif betul ni pasal dlm Misi beliau (2004-2009)- setakat ni yg sampai 2009 itu la, ada disuratkan bahawasanya masalah yg cuba diselesaikan ialah tentang urusan tanah. Kalau lambat2 geran tanah orang kg diurus-banyak masalah timbul-TANAH TERLEPAS KE TANGAN ORANG LAIN...lain yg apply, lain yg dapat...macam kes di PAPAR.

    ReplyDelete
  10. Bagi pendapat sya, tukar ja tu DO. Saya tidak faham kenapa YB masi lg mo simpan ni DO yg tidak tau atau sengaja tidak buat keraja. Bagi sya attitude mmg sukar mo ubah. Klu mmg PEMALAS dan TIDAK BERHATI PERUT mmg begitu la tu selagi tiada pengajaran atau hukuman diberikan. Kalau la 'penganugerahan penyapu' diamalkan maka sya rasa DO kita di KM sekurang-kurang buli dapat 5 batang penyapu oh... bukan 1 ja. Sebab keadaan di KM sangat TERUK kalau bukan yg PALING TERUK. Tidak perlu la apa yg teruk tu sb org2 KM pasti tau.

    Sya sudah memasuki beberapa daerah2 di semananjung tidak termasuk Kelantan dan Terangganu la, pun tidak seteruk daerah kita di KM dan jgn la disebut Tandek kan..

    Saya rasa klu YB kita rajin menegur dan memberi nasihat serta MEMANTAU fungsi Pejabat Daerah kita, sya rasa tidak la kita terlalu MARAH dgn YB kita....

    P/S: Terfikir untuk BERPIKET agar DO buat kerja betul2... or trus kc PINDAH ja... or.. PENCEN AWAL....

    ReplyDelete
  11. bagi saya, bagaimana YB berperanan menggerakkan jentera pelaksana itu penting. Bukan macam mana YB melaksanakan kerja-kerja yang diadukan orang. Kalau YB jenis yang 'slow' dan harapkan orang lain buat kerja, jentera pelaksana pun ikut suka hati sebab ada yb begitu. Kalau Bos tidak serius, yang lain pun ikut tidak telus.

    ReplyDelete
  12. Sedihlah kita memiliki suatu kawasan (pekan/bandar) kalau itupun tidak dapat diurus dengan baik oleh pihak berwajib..takan isu ini pun tunggu rakyat juga yang bantu dorang...SIKAP dan MENTALITI pekerja serta organisasi tersebut menyebabkan saban hari hasil kerja serta tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan dengan sempurna dan baik itu semakin teruk..

    Saya berpendapat, pemimpin perlu sedar dan bertindak atas hal ini..bukan maksud kita untuk mengharapkan agar pemimpin itu yang akan pigi kasi bersih itu longkang dan pigi ganti tu urang yang bekerja (kurang bijak kalau mcm tu), tapi sebagai pemimpin beliau sepatutnya menjalankan peranan sebagai sepatutnya seorang pemimpin itu (YB)..

    ReplyDelete
  13. RumbiaMosolog,
    Betul juga apa yang ko tulis ni. Kalau tidak, kenapa wujud istilah undang-undang, peraturan,disiplin, mahkamah dan sebagainya kan? Tidak semua org boleh dibawa berbincang secara gentleman. Kana juga keras sedikit. Barangkali bagus kasi direct saja report sama Menteri Kementerian Tempatan & Perumahan. Majlis Daerah adalah di bawah kementerian ini. Sila baca fungsi kementerian di bawah:

    Fungsi Utama Kementerian:
    Pentadbiran Kerajaan Tempatan
    Perancangan Bandar Dan Desa
    Pengawalan Pembangunan Perumahan
    Pentadbiran Hal Ehwal Anak Negeri

    Kementerian juga bertanggungjawab dalam pentadbiran undang-undang berikut:
    Ordinan Hiburan Awam, 1958 (No.23)
    Ordinan Kesihatan Awam, 1960 (No.7)
    Enakmen Kawalan Sewa (Premis Perniagaan) 1960

    Macam tidak logik sebenarnya Kota Marudu tu begitu. Hmmm

    ReplyDelete
  14. Little Mike,
    Ketua/pemimpin/YANG BERHORMAT itu lah master mind juga berperanan mengambil inisiatif terhadap perubahan. Setakat Majlis Daerah, beliau cuma perlu approach dan slow talk sama DO sahaja. YB boss kan? Pandai2lah DO kasi jalan tanggungjawab dia. Nama pun DO. DO pula-bukan dia seorang saja di Majlis Daerah tu. Rujuk ja carta organisasi. Ada ahli Majlis Daerah,ada Peg Eksekutif, P.P Eksekutif I dan II dan ramai lagi la. Maksudnya, dlm konteks MEREKA MESTI MENJALANKAN FUNGSI DAN PERANAN ASAS mereka yang dibayar gaji dengan menggunakan wang rakyat!

    ReplyDelete
  15. Dardie,
    Sebagai pemimpin, kita akui DR MAX ada pengaruh dan kuasa. Pemimpin wujud kerana ada pengikut. Pengikut wujud kerana terpengaruh dengan pengaruh orang yang diikut. Kemenangan dalam pilihanraya bukan berakhirnya perjuangan seorang YB. Adeh..mustahil la bah tiada semua tu.

    ReplyDelete
  16. Kita Berhibur dulu dg hiburan link di bawah:
    Assalamualaikum wtb.. Kumaa sid tongo pinsan2 ku, om kikiawi kobpenaian sid Islam ... Salam sejahera kumaa keluarga om isai isai ih..
    Waro ot pokirimon ku ot link laman Web siti. Mudah2an ogumu ot kowosian diti mongowit tokow dot "takut Tuhan om Rindu Nabi". Kopiwosian. Boh..
    -TV Nur Muhammad

    http://tv.nurmuhammad.net/

    - Radio Nur Muhammad

    http://radio.nurmuhammad.net/

    Ong waro sorita @ komen potodon sitid email ku ki:

    Md_jihad13@yahoo.com

    ReplyDelete