Saya :“ Mana sudah si jira?”
Palo :“Ada di rumah”
Saya : “Apa karaja dia sekarang?Masih jaga anak urang?”
Palo: “Inda suda ..di rumah saja..baranti sudah dia.”
Saya :” Kanapa? Dia takut kana tangkap ka?”
Palo: ”Tida, dia malas mau karja. Si jira ada sudah surat beranak...”
Saya : ” Hah? Macamana? Dia balik Indon ka urus?..”
Palo : ”Tida..mama dia bili surat beranak anak orang”
Saya : ” Mmm..di mana diaurang dapat?”
Palo: ” Ada saudara mama si jira kanal orang di KK. Orang itu ada saudara, tapi dia
pilipin la, kawin sama orang tampatan. Surat beranak tu anak dia punya
yang suda mati, lahir sama tahun sama si jira...”
Saya: ” Hah?!! ada juga ka...(kerut-kerut kening)”
Palo : ”Dia bili mahal...tapi pasal mama dia takut si jira kana tangkap, terpaksa
la..”
Saya: ” Barani juga aa...jadi sapa nama dia sakarang..?”
Palo : ” ****** ” (lupa la sia)
• Catatan penulis:
• Aktiviti jual beli surat beranak orang tempatan kepada pendatang asing ni memang perkara biasa. Dalam kes di atas, Palo ni berbangsa Timur, saya pun tidak faham macamana dia bersaudara (mama si jira tu makcik dia ka dialo oboh) dengan orang Filipina tu..malas saya menyiasat lebih2..belum pas CSI lagi ni saya. Cuma, bayangkan la rakyat tempatan sendiri bebas berurusniaga surat beranak orang yang sudah mati. Jadi jangan heran la, muka tu muka Om tapi bangsa Dusun/Bajau atau apa2 saja la yang tempatan.
• Mengikut peraturan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia, kelahiran wajib/mestilah didaftarkan dalam tempoh 42 hari. Selepas 42 hari sudah dikira pendaftaran lewat. Manakala kematian pula mestilah didaftarkan dalam tempoh 24 jam. Sila rujuk di bawah:
• Apakah prosedur yang perlu dilakukan untuk mendaftar kematian (daftar biasa kematian )?
Anda dikehendaki datang ke kaunter JPN dan membawa dokumen sokongan iaitu:
1. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri si mati yang asal
2. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemaklum
3. Dokumen bukti kematian seperti permit perkuburan
4. Perakuan oleh Pengamal Perubatan mengenai sebab-sebab kematian [Borang JPN.LM09 atau JPN.LM10 (Post Mortem)]
• Berapakah bayaran yang perlu dilakukan?
Bayaran permohonan adalah percuma.
• Dengar2 cerita- Kota Marudu antara daerah yang mempunyai bilangan pendatang yang ramai. Betulkah????
PEMBINAAN ASRAMA PELAJAR RTMS
8 years ago
Saya rasa nisbah orang tempatan di banding dengan pendatang tanpa izin ialah 10:8. Satu hal lagi yang orang selalu lepas pandang ialah pendatang halal tapi buat kerja haram.Imigresen patut pantau kemasukan orang2 ini.Saya melihat ramai warga indonesia,india dan china yang masuk sebagai pelawat kemudian menjalankan kegiatan memungut derma dan meminta sedekah.Mana kala warga filipina pula dengan kegiatan maksiat.Kawan saya dari semenanjung malaysia terkejut sakan bila ada wanita filipina berpakaian seksi berdiri dibawah pokok memanggil beliau sambil berkata "Massage...."
ReplyDeleteSino ngawi no. Tulun tokow kondiri nga montupat monguup daalo biyobo. Maalan oku momoros...
ReplyDeleteKyro,
ReplyDeleteTepat 100%, memang gejala ini sukar dibendung. Saya masih ingat lagi semasa melawat ke Kedah, tengah2 makan laksa datang sekumpulan kanak2 Myanmar minta derma, saya sengaja bagi duit RM1.00, lepas itu saya minta buku catatan yg dibawa, konon2 untuk mencatat nama penderma. Sebenarnya tujuan saya ialah saya tulis satu surat pendek kepada 'Tuan' diaorg. Macam2 saya tulis, salah satunya berbunyi, "Anda tidak rasa malukah memperalatkan kanak2 kecil untuk mencari pendapatan untuk kegunaan peribadi and?. Ada akai, hang fikiaq la sendiri!...bla bla.. saja melepaskan geram.
Ison,
ReplyDeleteino no boh. Tadikuwasoi..milom tu rumosi oku ..mana la tau..anak2 kasawo tongotulun diti..jadi mertua Kassim Selamat la pula sia ..adehh..palis-palis..